Tersebar dalam kumpulan Whatsapp satu nota suara mengenai ‘analisis’ tentang hujan di Ipoh oleh seorang individu yang mengakui menetap di daerah tersebut.
Menurutnya, pengalaman dan pemerhatiannya selama 35 tahun di ibu negeri Perak itu mendapati taburan hujan Ipoh sukar dijangka dan menganggap ianya sesuatu yang unik dan istemewa.
Nota suara tersebut dipercayai dibuat untuk membincangkan mengenai satu pertandingan bola sepak yang akan berlangsung di daerah berkenaan.
“Berkenaan dengan hujan ni, ada sesuatu yang menarik di Ipoh adalah Ipoh ni kalau Tanjung Rambutan hujan, Tambun tak hujan,” ujarnya dengan penuh keyakinan.
“Tambun Hujan, Silibin tak hujan, padang polo hujan lebat, Stadium [Perak] tak hujan, haa dia macam tu, di Ipoh sahaja.
Seronok diorang main bola dalam hujan. pic.twitter.com/4PtxMDyAnD
— Ahmad Solihim 🇲🇾 (@AhmadSolihim) January 30, 2017
“Saya dah pergi Kuala Kangsar, Teluk Intan, Sungai Siput, Taiping, haa dia Ipoh lain sikit. Jadi bila ada game [perlawanan], memang kena buat macam team kaizen, kena ada seorang risik pergi ke padang [periksa] hujan ke tak hujan, sebab kat Ipoh ni tak boleh nak percaya.
“Kadang-kadang hujan lebat ‘gila’ kat Bercham, padang DR [Taman DR Seenivasagam] tak ada hujan. Itu yang setakat 35 tahun duduk kat Ipoh ni, Ipoh memang macam tu, tak berubah. Itu keunikan yang Allah Taala tetapkan kat Ipoh ni. Alhamdulillah. Jadi sukar dijangka.”
Sebenarnya situasi hujan dan kering dalam satu kawasan merupakan fenomena cuaca yang biasa di Malaysia disebabkan beberapa faktor seperti lingkungan mikro, arah angin dan bentuk muka bumi atau topografi.
https://twitter.com/ErwinShan4/status/1198840431141801984?s=20
Ianya biasa berlaku di negara-negara iklim khatulistiwa yang cuacanya hujan dan lembap sepanjang tahun termasuklah di beberapa negara jiran.
“Apa-apa pun all the best untuk pasukan yang bertanding petang ini. Semoga bola sepak terus jadi sukan nombor satu kita dan majulah sukan untuk semua.”
Apa pun, usaha individu tersebut untuk memberikan analisisnya perlu dihargai kerana dalam sukan bola sepak, ramalan cuaca amat penting dalam menentukan perjalanan satu-satu perlawanan bola sepak.
Kredit Foto: Hfnz9
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:
Selangor Intai Khidmat ‘Ronaldo’ Korea Utara, Han Kwang-song? Boleh Ambil Atau Tak?
Main Luar Lembah Klang, KLFA Minta MFL ‘Pasang Telinga’ Dengar Masalah Mereka