Jika di Malaysia, perhatian peminat bola sepak tertumpu kepada debut Luqman Hakim bersama pasukan senior KV Kortrijk awal pagi tadi, lain pula perhatian peminat bola sepak Belgium.
Luqman yang dimasukkan oleh pengurus Kortrijk Yves Vanderhaeghe pada minit ke-74 berjaya melakukan ‘pre-assist’ yang kemudiannya menghadiahkan sepakan penalti dan gol saguhati pasukannya.
🧐 | KV Kortrijk kreeg hier een strafschop voor. De juiste beslissing? 🤔#KVKAND pic.twitter.com/v3siQYwQEt
— Eleven Belgium (NL) (@ElevenBeNL) October 23, 2020
Vanderhaeghe memasukkan penyerang berusia 18 tahun itu untuk menggantikan pertahanan, Petar Golubovic. Ketika itu, Kortrijk ketinggalan 0-3 kepada skuad yang dibimbing bekas kapten dan lagenda Manchester City, Vincent Kompany.
Perlawanan yang dilabel sebagai ‘Vincent vs Vincent’ itu berkesudahan dengan kemenangan 3-1 buat Anderlecht. Gol tunggal Kortrijk dijaringkan oleh penyerang Ilombe Mboyo yang menyumbat penalti, tiga minit menuju wisel penamat.
Bagaimanapun di Belgium, perhatian peminat tertumpu kepada keputusan pengadil yang menghadiahkan penalti. Rata-ratanya tidak bersetuju dengan keputusan pengadil Kevin Van Damme.
Hasil tinjauan kami di Twitter, Tim Taverniers berpendapat tiada kekasaran dilakukan oleh pemain Anderlecht Francis Amuzu ketika Julien de Sart cuba menyambar umpanan Luqman dalam kotak penalti.
Admin akaun ini pula berpendapat VAR tidak memainkan peranan untuk menentukan legitimasi penalti Kortrijk.
Jerry Verhaegen pula berpendapat pertahanan Anderlecht mendapat bola dahulu. Kekasaran itu berlaku selepas bola dimainkan. Maka, penalti tidak sepatutnya dihadiahkan.
Bagaimana pula dengan anda?
Berdasarkan pengamatan anda secara neutral, adakah kekasaran Anderlecht wajar dihukum penalti atau tidak?
Kongsikan pendapat anda di ruangan komen Facebook, Instagram dan Twitter kami.
Baca juga artikel lain yang berkaitan:
Yves Vanderhaeghe ‘Tunai Janji’ Beri Luqman Hakim Debut Berdepan Anderlecht