Dua pemain Everton, Richarlison dan Jordan Pickford memohon maaf di atas tindakan ‘ganas’ mereka yang telah menyebabkan dua pemain Liverpool mengalami kecederaan ketika perlawanan Derbi Marseyside yang berlangsung pada Sabtu.
Dua pasukan tersebut terikat 2-2 dalam perlawanan dramatik untuk meletakkan mereka mengungguli carta Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga pertama dan kedua.
Insiden pertama yang berlaku pada awal permainan telah menimbulkan pertikaian pengurus Liverpool Jurgen Klopp yang mempersoalkan kenapa tiada hukuman diberikan kepada Pickford sekalipun Virgil van Dijk berada pada kedudukan ofsaid.
https://twitter.com/BBCSport/status/1317479228523229190?s=20
“Saya lihat ianya jelas kami sepatutnya mendapat penalti dan kemudian kami lihat bendera dinaikkan [ofsaid]. Saya harap sekurang-kurangnya pengadil akan melakukan sesuatu kerana kekasaran tersebut, tetapi ia tidak berlaku,” ujar Klopp dalam sidang media selepas perlawanan.
“Saya bukanlah kata Pickford sengaja mencederakan pemain saya, tetapi ianya bukan satu tindakan yang sepatutnya seorang penjaga gol lakukan dalam kotak penalti.”
Dalam satu lagi kejadian pada penghujung permainan, Thiago Alcantara yang memulakan perlawanan buat kali pertama musim ini diterjah secara kasar oleh Richarlison yang menyababkan pengadil terus melayangkan kad merah kepada penyerang Brazil tersebut.
FT: Everton 2-2 Liverpool
Drama in the Merseyside derby as Calvert-Lewin cancels out Salah's second-half strike. Richarlison is sent off in the final few minutes after a poor challenge on Thiago.
Here's how it unfolded…https://t.co/rJOZQyXRJq pic.twitter.com/W7Bo28JuSz
— Football365 (@F365) October 17, 2020
“Selepas meninggalkan padang, Thiago beritahu saya dia mungkin alami kecederaan,” kata Klopp lagi.
Kedua-dua pemain tersebut akan menjalani imbasan penuh pada Sabtu untuk mengetahu tahap kecederaan mereka dan Klopp berharap ianya tidaklah terlalu teruk seperti yang diharapkan supaya mereka dapat membantu misi pasukan untuk mempertahankan kejuaraan liga pada musim ini.
Richarlison telah menyampaikan permohonan maafnya secara terbuka di Twitter dengan mengatakan beliau sama sekali tidak berniat untuk berkelakuan ganas dan telah pun cuba untuk mengangkat kakinya apabila pertembungan berlaku.
“Saya mohon maaf kepada semua rakan sepasukan, kelab saya dan penyokong saya kerana membuatkan pasukan saya terpaksa bermain dengan kekurangan seorang pemain pada hujung perlawanan,” ciap pemian tersebut.
“Semua orang tahu saya bukanlah seorang pemain yang suka membuat kekasaran di atas padang. Saya telah pun menghantar mesej kepada Thiago untuk memohon maaf. Saya harap dia tidak mengalami kecederaan yang terlalu teruk”
Sementara itu, Pickford pula telah menyampaikan permohonan maafnya kepada Van Dijk melalui kapten Liverpool, Jordan Henderson selepas perlawanan.
“Semua orang bertanya pada saya mengenai insiden itu dan pada saya memang sepatutnya kad merah. Tapi Jordan ada berjumpa dengan saya dan meminta maaf dan minta saya sampaikan kepada Virgil,” kata Henderson.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:
‘Sekadar Mainan Media’ – Ole Tepis Spekulasi Pertelagahan Dengan Fernandes
‘Akhirnya Terukir Senyuman Di Wajahnya’ – Menantikan Kemunculan ‘Bale Baharu’
Jurgen Klopp ‘Mengucap Panjang’ Bila Tahu Ancelotti Jadi Pengurus Everton