Sekalipun dikatakan menjadi punca kepada kekalahan England, Harry Maguire tetap dipertahankan oleh pengurusnya, Gareth Southgate yang mengatakan kritikan berlebihan kepada anak buahnya itu agak keterlaluan dan tidak adil.
Pemilihan Maguire ke skuad England juga telah mendapat pelbagai reaksi negatif oleh pelbagai pihak dengan prestasi goyahnya bersama Manchester United serta kontroversi kes jenayah di Mykonos, Greece yang melibatkan pemain berusia 26 tahun itu.
Dengan menerima kad merah selepas mendapat dua kad kuning hanya selepas 30 minit perlawanan berlangsung, Maguire terus menerima kecaman oleh penyokong England terutamanya dalam media sosial.
Gareth Southgate is fully behind Harry Maguire…
"He'll come through it, he'll be a better player and a stronger man for it. To go down to 10 men is costly for the team, but we fully back him, we fully support him." 👊🏴#ThreeLiones pic.twitter.com/y7xvasIYJi
— The Sack Race (@thesackrace) October 15, 2020
Bagaimanapun Southgate mengakui dua kad kuning yang diterima itu sepatutnya boleh dielak, namun dalam bola sepak kesilapan akan berlaku dan beliau berharap Maguire dapat menjadikannya sebagai pengajaran.
“Dia adalah pemain yang hebat dan masih bahagian penting dalam pasukan kami,” ujar Southgate dalam temubual selepas perlawanan.
“Mungkin ini adalah masa yang sukar untuknya, tetapi dia akan terus menerima sokongan dari kami. Apa yang dia perlukan kini adalah jaminan bahawa kami masih meletakkan kepercayaan penuh kepadanya.
“Jadi dia perlu hadapi segala kritikan ini dan tahu bagaimana untuk menjadi lebih baik selepas ini. Apabila kamu semakin berusia, kamu akan bersikap lebih rasional. Ini adalah pengalaman pertamanya menghadapi situasi seperti ini, jadi dia perlu terus melangkah untuk berubah ke arah lebih positif.”
Gareth Southgate offers struggling Man Utd star Harry Maguire support after England red https://t.co/Xins93fiDm pic.twitter.com/wLD1zlCcO0
— Express Sport (@DExpress_Sport) October 14, 2020
Dengan statusnya selaku pemain pertahanan termahal dunia, Maguire terus mendapat perhatian apabila setiap kali beliau beraksi di atas padang. Musim ini beliau juga sering menerima kritikan disebabkan prestasi buruk United di saingan Liga Perdana Inggeris.
“Ini adalah proses pembelajaran buat mana-mana pemain dia akan menjadi pemain yang lebih baik selepas ini. Mengenai Harry secara peribadi, saya tahu dia adalah pemain yang sangat komited dengan bola sepak.
“Tempat terbaiknya adalah di atas padang. Walaupun sekarang ini perhatian semua orang tertumpu padanya, tetapi itulah kehidupan bagi seorang pemain bola sepak.”
Namun reaksi penyokong England mengatakan Maguire merupakan ‘anak emas’ Southgate dan mahu beliau digugurkan untuk aksi antarabangsa akan datang kerana masih ramai pemain pertahanan lain yang lebih baik untuk disenaraikan.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:
Paul Parker: Hanya Seorang Pemain Sahaja Yang Bawa Identiti Man Utd
Inilah ‘Squad Depth’ England Yang Buat Southgate ‘Pening’ Pilih Pemain Terbaik