‘Turunkan Kami Berdua’ – Mount Yakin Serasi Main Bersama Grealish Untuk England

Pemain tengah Chelsea, Mason Mount akhirnya menyuarakan pendapatnya mengenai perdebatan di antara beliau dan Jack Grealish siapakah yang lebih layak untuk disenaraikan dalam kebelasan utama England untuk perlawanan Liga Negara-Negara Eropah, berdepan Denmark.

Pemain berusia 21 tahun itu menegaskan beliau yakin dapat membentuk keserasian bersama Grealish seandainya kedua-dua mereka diberi peluang untuk mengemudi bahagian tengah skuad Three Lions.

Kapten Aston Villa, Grealish beraksi cemerlang ketika membantu England menundukkan Wales di Wembley pada minggu lepas dengan muncul penyumbang bantuan gol serta mempamerkan kreativitinya sepanjang perlawanan.

Bagaimanapun beliau diketepikan daripada kesebelasan utama ketika menentang Belgium pada Ahad lalu dan terus duduk di bangku simpanan sehingga tamat perlawanan di mana England menang 2-1 dan meraih tiga mata untuk kekal di tangga pertama kumpulan.

Dalam perlawanan tersebut, Southgate menurunkan Mount dan merehatkan Grealish dan percaturannya berhasil apabila pemain muda tersebut menjaringkan gol kemenangan England pada babak kedua.

‘Saya suka lihat cara dia [Grealish] bermain. Dia sangat bijak dan kreatif di atas padang. Apa yang jelas, kita semua tahu apa yang dia boleh buat, dia pemain yang genius,” ujar Mount ketika ditemubual SkySports.

“Saya boleh bergandingan dengan baik dengan Jack. Dia pemain yang bijak, jadi tentu saya sentiasa mahu bermain bersama dengannya. Walaupun kami berada dalam pasukan yang penuh dengan pemain hebat, tetapi sudah tentu kami akan pamerkan aksi terbaik untuk terus beraksi bersama England.

“Semasa latihan, kamu perlu memahami rakan sepasukan kamu, supaya semasa perlawanan sebenar kamu berjaya mendapatkan keserasian. Saya rasa saya dan Jack mempunyai persefahaan yang baik jika diturunkan bersama. Kami akan terus bekerja keras untuk mendapatkan kemenangan.”

Apabila ditanya mengenai pandangan beberapa pihak yang membandingkannya dengan Kevin de Bruyne, beliau dengan merendah diri menjelaskan masih terlalu jauh untuk mencapai tahap kehebatan pemain Manchester City itu.

“Melihat De Bruyne, secara jujurnya masih ada banyak perkara yang saya perlu perbaiki dan tingkatkan untuk mencapai satu tahap yang hampir dengannya.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN