Ifedayo: Anugerah Kasut Emas Kejayaan Manis Untuk Dikenang

Ifedayo Olusegun Kasut Emas Selangor

Reputasi Ifedayo Olusegun selaku peledak paling berbisa di Liga Malaysia (Liga-M) dimuktamadkan dengan kejayaan meraih Anugerah Kasut Emas CIMB Liga Super 2020 selepas berjaya merekodkan 12 gol dalam 11 perlawanan musim ini.

Penyerang Import dari Nigeria itu sempat memintas penyerang Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada perlawanan terakhir liga dengan mencatat hatrik ketika membantu Selangor membelasah Felda United 6-1 di Stadium UiTM Shah Alam pada Sabtu lepas.

Dalam satu temubual bersama Stadium Astro, Ifedayo menjelaskan anugerah tersebut sememangnya menjadi idamannya selepas beberapa tahun beraksi di negara ini dan menganggap kejayaan tersebut cukup manis untuk dikenang.

“Jika anda melihat kepada statistik musim lalu, saya hanya bermain dalam 10 perlawanan dan menjaringkan 12 gol. Saya hanya dipisahkan dua gol dengan penjaring terbanyak,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

Untuk rekod, pada tahun 2017, Ifedayo pernah beraksi bersama Felda United dan mencetak lima gol. Pada tahun seterusnya, beliau menyertai Melaka United selama separuh musim dan telah menjaringkan lapan gol dalam sembilan perlawanan.

Dalam pada itu, Shahrel Fikry  tetap berpuas hati dengan 10 gol yang dihasilkannya pada musim ini sekalipun gagal memenuhi hasrat peminat bola sepak untuk melihat penyerang tempatan meraih anugerah penjaring terbanyak.

Kekecewaan tersebut ditambah pula dengan kegagalan pasukannya menempah slot ke saingan Piala AFC musim depan setelah Perak ditundukkan Kedah 3-2 dalam perlawanan terakhir di Ipoh tempoh hari.

“Bila terlepas kedua-dua (Anugerah Kasut Emas dan slot ke Piala AFC) ia satu perasaan yang sangat-sangat kecewa kerana tidak dapat bantu pasukan dan merealisasikan impian penyokong melihat saya dinobatkan penjaring terbanyak,” katanya kepada Bernama.

“Saya membayangkan saya mungkin dapat meraih salah satu daripada itu. Secara peribadi saya katakan saingan musim ini sangat mencabar walaupun saya berjaya jaringkan 10 gol. Ia bukan senang dan saya berbangga dengan diri sendiri dan rakan sepasukan yang berikan terbaik dalam setiap perlawanan”

Kredit Foto: Selangor FC

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN