Wolverhampton Wanderes telah mendapatkan seorang lain pemain baharu dengan menandatangani pemain muda Portugal, Vitinha secara pinjaman selama semusim dari Porto dengan pilihan pembelian tetap.
Namun apa yang mencuri perhatian adalah ‘kegilaan’ kelab Liga Perdana Inggeris tersebut dalam membawa masuk pemain Portugal ke dalam pasukan tersebut. Ia menjadikan pemain berusia 20 tahun itu sebagai pemain Portugal ke-11 dalam senarai pemain Wolves ketika ini.
Pemain-pemain lain adalah Roderick Miranda, Rúben Neves, Rúben Vinagre, Diogo Jota, Rui Patrício, João Moutinho, Bruno Jordão, Pedro Neto dan Daniel Podence.
Tempoh hari pasukan tersebut baru sahaja memecahkan rekod pembelian kelab dengan menandatangani pemain remaja Portugal berusia 18 tahun, Fabio Silva juga dari Porto dengan nilai £35 juta (RM191.4 juta).
Malah Wolves turut dibimbing oleh pengurus warga Portugal, Nuno Espirinto Santo.
Ia sekaligus menimbulkan perbedabatan di media sosial yang menganggap kelab tersebut seolah-olah mahu mewujudkan ‘mini Portugal’ atau pasukan ‘Portugal B’ di England.
Kemasukan Vitinha menjadikan jumlah pemain Portugal di EPL kini telah mencecah 23 orang dan separuh daripadanya adalah pemain Wolves.
🏟 @vitinha_77 pic.twitter.com/nT3SW0dLp3
— Wolves (@Wolves) September 9, 2020
“Vitinha merupakan pemain muda yang berbakat dan menarik dengan kemahiran teknikal dan kreativiti yang tinggi,” kata Pengerusi Eksekutif Wolves, Jeff Shi dalam kenyataannya dalam laman web rasmi kelab.
Kredit Foto: TheRealestRoger
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Wolverhampton Wanderers