FIFA Uji Video Pembantu Pengadil (VAR) Ketika Itali vs Perancis, Pengadil Elak 2 Kesilapan

FIFA dalam rangka kajian untuk menggunakan sistem Video Assistant Referee (VAR) dalam bola sepak.

VAR adalah satu sistem penilaian video yang diminta pengadil untuk membantu mereka mengelak membuat keputusan yang salah di atas padang.

Pengadil akan menghentikan perlawanan seketika setiap kali ada kesangsian untuk mendengar ulasan daripada pegawai mereka di bilik VAR.

Sebelum ini International Football Association Board (IFAB) telah memberi lampu hijau ke atas cadangan untuk menggunakan VAR dalam temasya Piala Dunia 2018-Russia.

Skop itu akan diperluas seperti mana penggunaan goal line technology sebelum ini.

Ujian pertama VAR

37D529D300000578-0-image-a-45_1472821557095

Ujian pertama perlaksanaan teknologi ini telah dilakukan di Stadio San Nicola, Bari ketika perlawanan persahabatan antarabangsa antara Itali dan Perancis.

Dalam perlawanan yang dimenangi 1-3 oleh Perancis, pengadil Bjorn Kuipers telah menjadi pengadil pertama yang menggunakan khidmat VAR.

Presiden baru FIFA Gianni Infantino (gambar bawah) memberikan respon positif ke atas VAR selepas melihat sendiri keberkesanan teknologi tersebut dalam perlawanan tersebut.

107371447_Gianni-Infantino-sport-large_trans++Adw0VrjqLWSqJHfZ45Ae0UPhGu3d8eCxEbnX1CfWC0c

Infantino menganggap ia sebagai langkah besar yang akan mencipta sejarah baru dalam bola sepak dunia.

“Kita membuka lembaran baru dalam sejarah bola sepak dunia.” kata Infantino kepada wartawan.

Beliau nyata teruja menyaksikan sendiri bagaimana VAR membantu pengadil dari Belanda, Bjorn Kuipers membuat 2 keputusan penting dalam perlawanan tersebut.

Insiden pertama: Djibril Sidibe

Hanya selepas 5 minit perlawaan bermula, teknologi yang berasaskan sistem kamera Hawk-Eye itu terus diuji kecekapannya dalam membantu pengadil.

107319464_france-italy-sport-xlarge_trans++-P1uYIB_Fl8W42rzpqxa6KP0IQdCx1yDP1nkKqXDdz4

Chillieni menjerit “Rosso!” atau “Merah!” selepas kekasaran yang dilakukan oleh Djibril Sidibe. Kuipers agak sukar membuat keputusan dan akhirnya beliau meminta bantuan VAR.

Kuipers memberitahu:

“Selang 9-10 saat kemudian, pegawai yang bertugas di bilik VAR menghubungi saya. Mereka memberitahu saya, insiden itu layak diberikan kad kuning sahaja.”

“Saya kemudian memberitahu para pemain dengan segera. Dan mereka menerima keputusan saya.”

Insiden kedua: Layvin Kurzawa

37D0091000000578-3769731-image-a-43_1472767081017

Insiden kedua adalah melibatkan bek kiri Perancis, Layvin Kurzawa yang didakwa melakukan handball oleh pemain tengah Itali, Daniel De Rossi.

De Rossi menjerit meminta penalti.

Mengulas insiden tersebut, Kuipers memberitahu:

“Dalam kejadian kedua, saya menghubungi VAR. Selepas hanya 7 saat, VAR memberitahu saya bahawa insiden Kurzawa itu bukan penalti,”

“Sekali lagi saya terus memberitahu para pemain. Mereka menerima keputusan tersebut. Kepercayaan para pemain ini membuatkan saya semakin yakin untuk mengadili perlawanan . ”

Kedua-dua insiden tersebut layak untuk dirujuk kepada VAR berdasarkan garis panduan ketat yang ditetapkan oleh IFAB.

var_542x305_01

Selain daripada membantu dalam kesangsian untuk mendapatkan penalti dan kad merah, VAR juga membantu dalam insiden-insiden lain termasuk tersilap identiti dalam pengadilan.

Infantino mahu IFAB menggunakan ulasan video (VAR) pada temasya Piala Dunia di Rusia. Infantino turut inginkan lebih banyak ujian dilakukan sebelum 2018.

Baca juga :Major League Soccer Uji Konsep Pengadil Dibantu Video, Dapat Sambutan Positif

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN