Pendatang baharu Liga Perdana Inggeris, Leeds United ‘memecahkan tabung’ mereka untuk menandatangani penyerang Sepanyol, Rodrigo Moreno dari Valencia dengan rekod pembelian kelab bernilai £26 juta (RM144.6 juta).
Ia sekaligus memecahkan rekod pembelian yang 20 tahun lepas ketika kelab yang berpangkalan di Barat Yorkshire itu mendapatkan bekas kapten England, Rio Ferdinand dari West Ham united dengan harga £18 juta.
Penyerang berusia 29 tahun itu bersetuju untuk mengikat kontrak selama empat tahun bersama skuad kendalian Marcelo Bielsa tersebut yang baru sahaja kembali ke saingan EPL selepas 16 tahun.
https://twitter.com/LUFC/status/1299617788768800770?s=20
Dalam ucapannya di Instagram, beliau memberikan ucapan terakhirnya kepada penyokong Valencia yang telah banyak memberi sokongan selama enam musim beraksi di Mestalla.
“Kini tiba masanya untuk kita berpisah. Ia memang keputusan yang sukar, tetapi saya percaya ini adalah waktunya untuk mengharungi cabaran baharu dalam kerier saya,” katanya.
Rodrigo telah menjaringkan 59 gol dalam 220 perlawanan untuk Valencia dan membantu pasukan berkenaan menjuarai Piala Raja Sepanyol pada musim 2018/19.
🤍 "Thank you for all your messages" pic.twitter.com/aBEdGsr8w6
— Leeds United (@LUFC) August 29, 2020
Dilahirkan di Brazil, Rodrigo kemudian memilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol bermula tahun 2014 dan telah menjaringkan 22 gol dalam penampilan antarbangsa.
Leeds United menjuarai Liga Kejuaraan dengan kelebihan 10 mata pada musim lepas dan kembali ke liga utama buat kali pertama sejak 2004.
Kredit Foto: Leeds United
Baca juga artikel kami yang lain megnenai Leeds United: