Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic berkata dirinya ibarat Benjamin Button yang sentiasa muda dan tidak pernah tua selepas menjaringkan dua gol ketika pasukannya menang ke atas Sampdoria pada Rabu lalu.
Pemain berusia 38 tahun itu menjaringkan 10 gol dari 19 perlawanan sejak kembali menyertai kelab Serie A itu pada Januari lalu selepas meninggalkan LA Galaxy.
“Orang kata saya sudah tua dan cepat letih, tetapi sebenarnya saya baru sahaja nak panaskan badan,” ujar Zlatan ketika ditemubual oleh Milan TV.
Ibrahimovic kemudian mengatakan dirinya ibarat Benjamin Button, watak seorang lelaki dalam sebuah filem yang usianya meningkat secara terbalik dilakonkan oleh Brad Pitt sehingga aktor itu menang anugerah Oscar sebagai pelakon lelaki terbaik pada 2008.
Zlatan Ibrahimovic, 38, scored two goals against Sampdoria & created an assist ⚽️
— VBET News (@VBETnews) July 30, 2020
"I'm like Benjamin Button. I've always been young, never old," he told Milan TV. 🗣️ pic.twitter.com/9eBmM4zojc
AC Milan masih mengekalkan rekod tanpa kalah sejak saingan liga kembali bersambung selepas ditangguh akibat krisis pandemik.
Pasukan itu sudah pun mengesahkan kedudukan mereka di tangga keenam Serie A dengan baki satu perlawanan dan perlu mengharungi pusingan kelayakan untuk beraksi di saingan Liga Europa (UEL) musim depan.
Pengurus Milan, Stefano Pioli mengakui walaupun dalam tempoh singkat, penyerang Sweden itu telah memainkan peranan yang amat penting di sebalik kebangkitan dan peningkatan pasukannya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
“Dia [Ibrahimovic] cakap dengan saya keadaan fizikalnya dalam keadaan baik dan dia gembira di sini. Dia telah buktikan mampu beraksi dan menjalani latihan dengan baik setiap hari.”
🗣️ AC Milan coach Pioli on Zlatan's impact:
— GOAL (@goal) January 16, 2020
"Signing Ibrahimovic has been really important – for what he does every day during the training and for what he will do.
"He is so professional. It is unbelievable seeing a great champion like him working hard." pic.twitter.com/OBYROcoXVZ
Kontrak Ibrahimovic bersama Milan akan tamat pada hujung musim ini dan masih berteka-teki mengenai masa depannya di San Siro. Namun berdasarkan impak positif yang jelas kelihatan sejak kehadirannya itu, sudah tentu pihak pengurusan kelab sudah merancang sesuatu.
Dengan Ibrahimovic tampil bergambar menggayakan jersi baharu AC Milan yang akan digunakan untuk musim depan, adakah ianya petanda yang beliau akan kekal?
Kredit Foto: TIME Megazine & Getty Images
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Zlatan Ibrahimovic: