Kemenangan 1-0 Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan akhir Coupe de France ke atas St. Etienne dicemari dengan kecederaan serius Kylian Mbappe pada bahagian buku lalinya.
Saingan bola sepak Perancis yang telah dihentikan selama empat bulan ekoran pandemik telah kembali untuk menentukan juara Piala Perancis selepas saingan Ligue 1 ditamatkan lebih awal yang menyaksikan PSG sebagai pendahulu liga diumum sebagai juara.
Pemenang Piala Dunia 2018 itu cedera selepas diterjah secara keras oleh Loic Perrin pada minit ke-26 sehingga buku lali kanannya terkehel teruk dan menyebabkan pemain-pemain kedua-dua pasukan bertelagah. Kapten St. Etienne itu kemudian dilayang kad merah.
https://twitter.com/jutin__/status/1286749292418543616?s=20
Mbappe yang terpaksa dibawa keluar dilihat mengalirkan air mata kerana mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk membantu misi PSG memburu empat piala musim ini termasuk saigan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang akan berlangsung bermula bulan depan di Lisbon.
Mbappe sebelum itu cemerlang membantu gol pertama PSG apabila percubaannya pada minit ke-13 ditampan penjaga gol St Etienne, Jessy Coulin sebelum Neymar menyambar bola muntah tersebut.
Namun juara liga itu gagal menambah gol sehingga penghujung perlawanan sekalipun pasukan pelawat beraksi dengan hanya 10 orang pemain untuk sebahagian besar masa perlawanan.
❤️ 𝗜𝗖𝗜 𝗖'𝗘𝗦𝗧 𝗣𝗔𝗥𝗜𝗦 💙 pic.twitter.com/i2Thq4kmnw
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) July 24, 2020
Juara Perancis itu kena sedang menanti hasil imbasan pasukan perubatan ke atas pemain berusia 21 tahun itu dan berharap kecederaannya itu tidak terlalu serius dan boleh membantu pasukan untuk perlawanan seterusnya.
PSG akan berdepan Olympique Lyon untuk perlawanan akhir Piala Liga dan dijadualkan bertemu Atalata di peringkat suku akhir UCL selepas berjaya menyingkirkan Borussia Dortmund di pusingan kalah mata Mac lalu.
Kredit Foto: Getty Images, B/R Football, Bein Sports
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Kylian Mbappe dan PSG: