Marton: Disini Bermulanya Perjalanan Wira Pasukan Middlesbrough

Pasti ada yang bertanya, adakah Marton ini nama orang, nama produk barangan, atau nama tempat?

Jawapannya Marton adalah nama tempat.

Bagi kita semua rakyat Malaysia, pastinya berasa asing apabila mendengar nama ini.

Mana tidaknya, Marton ini merupakan nama kampung di England!

Marton adalah sebuah kawasan kampung yang terletak di Middlesbrough, England.

Ada apa dengan Marton?

Jika anda gemar mempelajari sejarah terutamanya sejarah Eropah, pasti anda akan kenal dengan Captain Cook.

Beliau terkenal sebagai penjelajah British sekitar 1750-an.

6915423-1

Selain daripada Captain Cook, ada apa dengan Marton?

Di sinilah, lahirnya wira-wira pasukan Middlesbrough.

Di Marton, mereka akan menggilap kanak-kanak yang berpotensi tinggi untuk menjadi bintang di masa hadapan.

Marton berjaya menggilap 60 pemain menjadi pemain profesional, dengan 16 daripadanya pernah beraksi di Premier League.

Jonathan Woodgate merupakan permata yang dikesan oleh Marton, dan beliau pernah menjadi pemain Real Madrid satu ketika dahulu.

51199829

Selain daripada Woodgate, pemain-pemain lain adalah seperti Lee Cattermole dan Michael Brown.

Mahu atasi Cleveland Juniors

Stewart Downing (32 tahun) dan Micheal Gibson (23 tahun) merupakan pemain di Middlesbrough musim ini di Premier League yang dikesan oleh Marton.

QCdjB5HwFOTaWQ8X4xMDoxOjBzMTt2bJ (1)

Baru-baru ini mereka pulang ke Marton, tempat di mana perjalanan karier bola sepak mereka bermula.

“Tempat ini sangat istimewa bagi kami, walaupun Downing lebih tua daripada saya.” Seloroh Gibson mengenai umurnya dengan Downing.

Downing ternyata antara penemuan terbaik Marton, dengan 380 penampilan Premier League serta 35 penampilan bersama England.

Bagi Gibson yang merupakan anak saudara pengerusi Middlesbrough iaitu Steve Gibson, perjalanan beliau ke Premier League ini tidak akan menjadi realiti tanpa bantuan Marton.

Ketika di usia muda, Downing hanya mempunyai dua misi yang mudah sahaja sebagai pemain bola sepak.

“Bagi saya, misi saya adalah untuk menjadi Hotshots. Ia merupakan anugerah bagi penjaring terbanyak.”

“Dalam masa yang sama saya ingin membantu Marton menewaskan Cleveland Juniors, mereka adalah musuh setempat kami dan kawan-kawan saya juga ada bermain disitu jadi saya mahu tewaskan mereka.”

Cleveland Junios juga merupakan akademi di Middlesbrough yang menjadi musuh tradisi Marton.

Bakat semula jadi sejak usia muda

Menurut pengasas Marton, Keith Sykes, beliau telah dapat mengesan bakat Downing dan Gibson sejak usia muda.

“Ketika saya melihat Downing mengambil sepakan sudut di padang saiz sebenar dengan baik pada usia 7 tahun, ketika itu saya tahu dia punyai bakat istimewa.”

“Bagi Gibson pula semuanya mengenai kepimpinannya, dari gayanya kita boleh lihat di seperti pemain yang sudah banyak pengalaman di Premier League. Dia adalah pemimpin semula jadi.”

Bola sepak ternyata budaya yang sunggu besar di England dan ia juga merupakan budaya besar di Middlesbrough.

Kembalinya Middlesbrough ke Premier League memberi sejuta makna kepada warga Middlesbrough, yang mengalami waktu-waktu sukar seperti penutupan kilang berdekatan bandar Redcar dan ramai yang hilang pekerjaan.

“Orang luar tidak akan faham betapa besarnya seksa kami selepas kilang di Redcar ditutup.” kata Gibson.

“Orang-orang ditempat kami tidak kaya, jadi hidup kami dihabiskan dengan membanting tulang untuk mencari sesuap nasi dan membayar bil.”

Dengan kembalinya ke Middlesbrough ke Premier League, sedikit sebanyak memberikan senyuman kepada warga tempatan.

Kehadiran pemain berprofil tinggi seperti Alvaro Negredo dan Victor Valdes serta ditambah dengan kehadiran pemain-pemain tempatan ke dalam skuad seolah mengulangi hari-hari indah ketika pasukan Middlebrough dibarisi dengan pemain seperti Juninho, Ravenelli dan Emerson.

Alvaro-Negredo-Middlesbrough

Bagi Downing, beliau berharap Marton akan terus menjadi platform untuk anak muda menceburi bola sepak.

“Sangat seronok melihat Marton masih menghasilkan pemain berkualiti.”

“Diharap Marton akan terus berjaya, dan berjaya tewaskan Cleveland Juniors sekali lagi.”

Baca juga: Belajar Dari Kisah Kebangkitan Dan Kepulangan Semula Middlebrough

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN