Impian Kian Terlaksana, Pembinaan Pusat Pengajian Azmeer Yusof Bermula

Pusat Pengajian Azmeer Yusof

Bekas pertahanan kiri Kedah, Azmeer Yusof yang sudah mengundurkan diri daripada kancah bola sepak profesional kini semakin giat menggandakan usaha murni ke jalan Allah dalam membina Pusat Pengajian Azmeer Yusof (PPAY) di negeri tempat pasukan terakhirnya itu.

Menurut sumber laman Facebook peribadinya, Azmeer mendedahkan bahawa pembinaan pusat pengajian yang bakal menjadi tempat pembelajaran agama Islam secara percuma itu menelan belanja kira-kira RM200,000.

Kemaskini pada tiga hari lalu, pengumpulan dana menerusi jualan barangan yang diusahakan sendiri oleh Azmeer serta sumbangan ikhlas daripada orang ramai telah mencapai jumlah sebanyak RM80,610.76. 

Selain bertindak sebagai gedung ilmu tanpa sebarang bayaran, Pusat Pengajian Azmeer Yusof yang sudah memulakan proses pembinaannya semalam turut bakal memberikan bantuan kepada insan kurang berkemampuan tanpa mengira aspek wang ringgit mahupun perkara-perkara lain.

Kerja-kerja awal pembinaan sudah pun dimulakan.

Dalam perkembangan sama, Azmeer turut mengakui kedai serbaneka, AY MART turut akan diwujudkan di PPAY tersebut di mana barangan asas akan dijual dengan harga yang amat murah daripada kebiasaan.

Tanpa berselindung, bekas pemain berusia 30 tahun itu mengakui beliau sememangnya ‘meniru’ apa yang telah dilakukan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Pembinaan pusat pengajian ini merupakan impian yang tersemat di hati Azmeer dan beliau sebelum ini turut memohon doa daripada semua peminatnya untuk merealiasikan impian tersebut ketika pengumumannya untuk meninggalkan pasukan Kedah tempoh hari.

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai usaha murni tersebut dan turut berhajat untuk memberikan sumbangan ikhlas dalam menjayakan pembinaan PPAY ini, boleh terus ke laman Facebook peribadi Azmeer Yusof atau salurkan sumbangan ke:

8604202446 (CIMB)
PUSAT PENGAJIAN AZMEER YUSOF

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN