Jude Bellingham Terbang Ke Dortmund Untuk Jalani Ujian Perubatan

Jude Bellingham Borussia Dortmund Birmingham City

Jude Bellingham dilaporkan telah berlepas ke Jerman untuk menjalani ujian perubatan di Borussia Dortmund bagi melengkapkan perpindahan dari Birmingham City.

Sekalipun pemain berusia 17 tahun itu masih belum menandatangani kontrak profesional bersama The Blues, media Jerman melaporkan kelab Liga Kejuaraan England itu bakal menerima yuran perpindahan sebannyak £26 juta (RM139 juta).

Kelab Bundesliga itu telah pun mengikuti rapat perkembangan pemain tengah itu sejak dua tahun lalu yang turut menarik minat beberapa pasukan gergasi Eropah lain termasuk Real Madrid, Bayern Munich, Chelsea dan Manchester United.

https://twitter.com/1_spoton/status/1283706218842861570?s=20

Laporan Sky Sports mendedahkan, kapten skuad England bawah 17 tahun (B-17) itu memilih Borussia Dortmund disebabkan sejarah kelab tersebut yang telah banyak melahirkan dan membentuk bakat-bakat muda menerusi polisi yang memberikan peluang untuk beraksi secara kerap.

Perkembangan tersebut memberikan kemungkinan Bellingham tidak akan beraksi untuk baki perlawanan musim ini di kelab Midlands termasuk perlawanan Sabtu ini berdepan Fulham.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tentunya kecewa kerana terlepas peluang untuk mendapatkan pemain terngah berkenaan yang telah menunjukkan bakatnya seawal usia 13 tahun dengan mewakili skuad B-15 England.

Pada usia 17 tahun, beliau telah pun menunjukkan kematangan dalam permainannya, berada di kelas yang jauh berbeza dengan umurnya.

https://twitter.com/thefootballcul2/status/1283738249182183424?s=20

Persoalannya kini, adakah Bellingham benar-benar bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya bagi meningkatkan lagi potensinya selepas banyak pihak yang melihat perkembangan ‘naik’ terlalu cepat.

Musim ini, beliau telah beraksi bersama pasukan utama sebanyak 41 perlawanan dalam semua pertandingan dan merekodkan empat gol dan tiga bantuan jaringan.

Dengan ketibaan Bellingham di Signal Iduna Park, adakah ianya satu isyarat Dortmund bersedia untuk melepaskan Jadon Sancho kepada kelab lain?

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Borussia Dortmund:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN