Mukhairi Ajmal, Harith Haikal Diserap Ke Skuad Senior Selangor

Mukhairi Ajmal Selangor II

“Kalau Luman Hakim masih ada, saya sudah serapkannya ke dalam Selangor, tetapi dia akan ke Belgium, jadi tak guna saya serapkan kerana dia akan ke sana.”

Itulah kata-kata B. Satiananthan selepas mengambil langkah mengambil dua pemain muda Selangor II, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Harith Haikal Adam Afkar untuk bersama skuad utama Selangor bagi menghadapi saingan Liga Super yang akan bersambung tidak lama lagi.

Pengendali The Red Giants itu selama ini memang cukup terkenal sebagai seorang jurulatih yang mementingkan perkembangan pemain muda di dalam pasukannya seperti mana yang dilakukan di beberapa pasukan seperti Kelantan, ATM FA dan Felda United.

Namun Satiananthan cukup tegas dalam mementingkan kualiti serta disiplin yang tinggi berbanding hanya berbekalkan ‘reputasi’ kerana tidak mahu mana-mana pemain besar kepala atau rasa hebat.

Antara nama-nama lain yang sudah pun diserap bersama skuad utama Selangor sebelum ini adalah M. Tamil Maran dan Azrin Afiq Rusmini.

Dalam satu temubual bersama Stadium Astro, jurulatih berusia 62 tahun itu percaya dua orang pemain yang terpilih itu mempunyai masa depan yang cerah, namun ianya masih bergantung kepada diri mereka untuk berjaya di masa hadapan.

“Mukhairi dan Harith ada potensi yang besar tetapi macam saya kata, hanya disiplin dan dedikasi akan membawa karier mereka ke tahap lebih tinggi. Kalau mereka berpuas hati dengan apa yang dicapai sekarang, ia tak cukup,” ujarnya.

Sementara itu, Mukhairi yang turut ditemubual percaya pengalamannya beraksi bersama PKNP FC (Kini Perak II) musim lalu boleh membantunya untuk merebut tempat dalam skuad kendalian Satiananthan.

Jika melihat kepada senarai pemain tengah di Selangor, tentu tidak muda buat pemain berusia 18 tahun itu untuk bersaing dengan beberapa pemain lain seperti K. Sarkunan, Brendan Gan, Abdul Halim Saari dan Muhammad Safuwan Baharudin.

Tetap beliau percaya pemilihannya untuk bersama skuad utama tentunya berdasarkan merit dan kini perlu berusaha keras untuk menambat hati Satiananthan untuk memberi peluang kepadanya membuktikan kemampuan.

“Sewaktu awal menyertai pasukan ini, saya agak takut apabila melihat jurulatih yang membawa pasukan sebesar ni. Tetapi lama-kelamaan, dia banyak memberikan semangat untuk mendorong saya dalam latihan dan dia mahu saya buat yang terbaik untuk merebut tempat,” kata Mukhairi.

Beliau juga akan mengetuai skuad bawah 19 tahun (B-19) untuk menghadapi Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan pada Oktober depan dengan membawa misi layak ke kejohanan Piala Dunia B-20 di Indonesia pada tahun depan.

Kredit Foto: FA Selangor

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mukhairi Ajmal dan Selangor:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN