Skuad Kecil Beri Kesan Kepada Leicester City, Berdepan Risiko Dipintas

Jamie Vardy Leicester City Norwich

Sejak Premier League kembali bersambung, Leicester City dilihat bergelut. Dalam tiga perlawanan, mereka masih gagal meraih tiga mata – dua seri dan satu tewas.

Apa yang telah berlaku? Sebelum liga tertangguh, mereka sangat cemerlang sehingga berjaya menduduki kedudukan ketiga di belakang juara, Liverpool dan Manchester City.

Perlu kukuhkan kedudukan ketiga

Realistiknya, untuk mengejar Man City adalah jauh daripada realiti. Tetapi, tugasan mereka saat ini adalah mengekalkan posisi ketiga yang masih mampu direbut oleh beberapa pasukan terutamanya yang terhampir Chelsea, Man United dan Wolves.

Ia merupakan musim yang baik buat skuad kendalian Brendan Rodgers kali ini apabila berada di kedudukan tiga terbaik. Selepas menjuarai liga musim 2015/16, prestasi Leicester City tampak menjunam – terburuk pada 2016/17 (kedudukan ke-12).

Selepas liga bersambung, Leicester City bermula dengan diikat Watford dengan keputusan 1-1, diikat Brighton (0-0) dan kemudian mengalami kekalahan 1-2 kepada Everton. Mereka akan bertemu Crystal Palace pada malam nanti.

Dalam empat pertembungan liga terkini, Crystal Palace jelas lebih kuat, menang tiga daripadanya dengan pertembungan terkini sahaja dimenangi oleh Leicester City. Kekalahan terburuk adalah pada musim 2018/19 – The Foxes tumbang 0-5.

Jangan hakimi kami

Brendan Rodger dipetik berkata selepas tewas kepada Everton tempohari yang skuadnya tidak boleh dihakimi berdasarkan hanya empat perlawanan terkini sahaja. Satu lagi kekalahan adalah kepada Chelsea dalam saingan Piala FA sebelum itu.

“Jangan hakimi skuad ini hanya berdasarkan empat perlawanan ini sahaja tetapi lihatlah kepada keseluruhan musim ini. Kami berada di kedudukan terbaik. Saya tidak akan tukarkannya untuk benda lain,” tegasnya yang dipetik daripada ESPN.

https://twitter.com/radarhitnews/status/1279174013953036288

“Kami terima sepenuhnya yang kami berada dalam keadaan yang buruk. Kami tidak mendapatkan keputusan yang dimahukan setakat ini dan cabarannya adalah untuk melalui saat sukar ini,” tambah Rodgers menjelang aksi bertemu Crystal Palace.

Leicester City bakal berdepan risiko kehilangan kedudukan ketiga liga jika kehilangan mata lagi pada malam nanti kerana mereka ketika ini hanya dibezakan satu mata daripada Chelsea dan dua mata daripada Man United dan juga Wolves.

Brendan Rodgers sudah cuba

Pengendali asal Ireland Utara itu sudah mencuba pelbagai cara dan taktikal dalam empat aksi setakat ini dan hasilnya, masih tiada perubahan ketara kelihatan.

Menurut laman sesawang Fansided, kesilapan terbesar Brendan Rodger sejak restart adalah hanya pilihan pemain iaitu telah meletakkan James Maddison di bangku simpanan. Pemain itu adalah sumber kreativiti The Foxes sebelum ini.

Begitupun, mungkin ramai yang tidak tahu yang James Maddison sedang bergelut dengan kecederaan pinggul dan akan turut terlepas perlawanan malam nanti. Cubaan Rodgers memberinya minit permainan berdepan Everton, memburukkan keadaan.

Dan dalam temubual mengenai agenda Leicester City di jendela perpindahan selepas ini, jelas sekali Brendan Rodgers sedar akan kekurangan skuadnya ketika ini apabila mengatakan yang beliau sedang cuba memburu pemain menyerang yang kreatif.

Penutup

Bagaimana nasib Leicester City apabila berdepan Crystal Palace malam nanti? Ketiadaan James Maddison perlu ditampung segera agar mereka akan kembali ke landasan untuk mengukuhkan kedudukan ketiga mereka di Premier League.

Adakah ini sebahagian daripada kesan memiliki skuad yang kecil dan juga ramai pemain-pemain muda? Rodgers pernah mengakui yang pemain-pemain muda mudah untuk tidak konsisten dan adakalanya hilang keyakinan dalam diri mereka.

KREDIT FEATURED IMAGE: SPORT.CO.UK

Baca lagi artikel mengenai Leicester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN