Inter Milan telah selesai melengkapkan proses pembelian pertahanan Maghribi, Achraf Hakimi dari Real Madrid dengan kontrak selama lima tahun.
Hakimi merupakan produk akademi Real Madrid sejak 2006 dan meluangkan dua tahun bersama Borussia Dortmund secara pinjaman.
Media Itali melaporkan Inter bersetuju dengan nilai perpindahan Hakimi yang dianggarkan sekitar €40 juta (RM192 juta) dengan €5 juta bonus tambahan.
OFFICIAL: Real Madrid confirm Achraf Hakimi has signed for Inter 💥 pic.twitter.com/qvDIoQ2gUr
— B/R Football (@brfootball) July 2, 2020
“Pihak kelab mengucapkan terima kasih kepada Achraf atas dedikasi, profesionalisme dan tingkah laku baiknya dalam tahun-tahun ini sejak menyertai akademi kami pada 2006,’ ujar Real dalam kenyataan rasmi mereka.
“Kami doakan yang terbaik buat beliau dalam mengharungi episod baharu dalam kariernya.”
Pada Selasa lepas, Hakimi telah pun memberikan ucapan selamat tinggal ke penyokong Dortmund di media sosial selepas mencurah bakti di kelab Bundesliga itu dengan membuat 73 penampilan dan menjaringkan 12 gol dalam tempoh dua musim di Jerman.
“Masa sudah tiba untuk menutup cerita indah dalam hidup saya. Selepas dua tahun yang menakjubkan, saya perlu terima hakikat terpaksa meninggalkan kelab yang telah banyak memberikan keseronokan.
Gracias, Achraf!
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) June 30, 2020
We thank Achraf Hakimi for his time in Dortmund and wish him all the best in his future career. pic.twitter.com/6tmUViRDt1
“Sejak kali pertama saya menjejakkan kaki di sini, saya dapat rasakan nilai kasih sayang yang ada di kelab dan bandar ini. Sekarang saya tahun pilihan untuk menjadikan pasukan ini sebagai ‘rumah; saya dua tahun lalu adalah tepat.”
Perkembangan tersebut agak mengecewakan peminat Real Madrid yang mahu pemain muda berusia 21 tahun itu menjadi bintang utama di Santiago Bernebeu. Namun keberadaan Dani Carvajal yang masih menjadi pilihan Zinedine Zidane mungkin akan membantutkan peluangnya untuk menyinar.
Inter Milan kini berada di tangga ketiga Serie A di belakang Juventus dan Lazio.
Kredit Foto: Sport Center ESPN