Kapten Real Madrid, Sergio Ramos meneruskan rekod cemerlangnya dengan menjaringkan gol penalti bagi memastikan pasukannya menang 1-0 ke atas Getafe pada awal pagi tadi yang juga merupakan kemenangan keenam berturut-turut dalam saingan La Liga.
Dengan mengutip tiga mata penuh, misi untuk kembali merangkul kejuaraan liga musim ini semakin cerah dengan melebarkan lagi jurang mata dengan pesaing terdekat, Barcelona kepada empat mata.
Dalam perlawanan berdepan jiran setempat itu, penjaga gol Real, Thibaut Courtois cemerlang menyelamatkan gawangnya dari dibolosi gol awal daripada percubaan Xabier Etxeita.
https://twitter.com/OptaJose/status/1278810317275959296?s=20
Los Blancos turut memperoleh peluang keemasan menerusi Vinicius Jr, namun rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol pelawat, David Soria.
Ramos akhirnya tenang menyumbat gol pertama perlawanan pada minit ke-79 menerusi sepakan penalti selepas Dani Carvajal dijatuhkan Mathias Olivera.
“Hari ini kami bermain seperti perlawanan akhir buat kami,” ujar Carvajal selepas perlawanan.
“Memang Getafe memberikan masalah besar terutamanya pada sepaaruh masa pertama. Tetapi kami mempamerkan permainan yang serius untuk mengakhiri perlawanan ini dengan mendapatkan tiga mata penuh.”
🗣️ 👔 #Zidane: "I have to congratulate the players, because what we are doing is not easy."#HalaMadrid | #RMLiga pic.twitter.com/vUec93vtPk
— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) July 2, 2020
Real yang turun tanpa Eden Hazard yang mengalami kecederaan kini berdepan dengan kecederaan Raphael Varane yang ditimpa kecederaan kepada sebelum diganti dengan Eder Militao.
Kali terakhir Real menjuarai La Liga adalah pada 2017 di bawah bimbingan Zinedine Zidane dan kini selasa mendahului carta dengan 74 mata dengan hanya lima perlawanan berbaki.
Mereka turut mempunyai kelebihan ke atas Barcelona dari segi rekod pertemuan kedua-dua pasukan yang sekiranya kedua-dua pasukan terikat dengan jumlah mata yang sama pada hari terakhir perlawanan musim ini.
Kredit Foto: Real Madrid