EPL: Selepas ‘Terpaksa’ Beri Penghormatan, City Lepas Geram ‘Lanyak’ Liverpool

Manchester City Liverpool

Manchester City yang memberikan sambutan ‘guard of honour’ kepada Liverpool yang telah ditabalkan sebagai juara baharu Liga Perdana Inggeris melepaskan geram dengan membelasah pasukan tersebut 4-0 pada awal pagi tadi di Stadium Etihad.

Walaupun sudah sah gagal mempertahankan trofi yang dimenangi musim lalu, City langsung tidak memberi belas ehsan kepada skuad kendalian Jurgen Klopp yang seakan-akan ‘sendu’ dalam perlawanan ini, jauh daripada keupayaan sebenar mereka.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu seolah-olah memberi amaran bahawa mereka akan kembali merampas kejuaraan tersebut pada musim hadapan dengan menyumbat tiga gol dalam tempoh 20 minit pada separuh masa pertama.

Pesta gol City bermula pada minit ke-25 dengan gol penalti oleh Kevin de Bruyne selepas Joe Gomez dipersalahkan kerana menjatihkan Rahim Sterling. 10 minit kemudian, penyerang England itu menyumbat gol kedua hasil gerakan serangan balas pantas.

Pemain tengah, Phil Foden membuktikan reputasinya sebagai ‘bintang masa depan’ dan pengganti David Silva dengan gol ketiga sebelum tamat separuh masa pertama.

Derita Liverpool bertambah parah apabila Alex Oxlade-Chamberlain tertampan bola rembatan Raheem Sterling ke gawang sendiri menjadikan kedudukan 4-0.

Gol Riyad Mahrez pada masa kecederaan dibatalkan pengadil selepas semakan VAR mendapati bola telah terkena tangan Phil Foden sebelum itu.

“Kami menewaskan juara, sebuah pasukan yang luar biasa,” ujar Guardiola dalam seidang media selepas perlawanan.

“Kami mengambil risiko dengan cuba untuk bermain bola sepak menerusi corak dan gaya permainan yang menarik ketika berdepan pasukan terbaik yang saya pernah jumpan dalam hidupa saya.

“Mungkin mereka minum ‘beer‘ terlalu banyak pada minggu ini, tetapi sudah tentu mereka tiba di sini dengan tiada lagi ‘beer‘ dalam darah mereka, sebab itu saya memberikan kredit yang besar buat pemain saya.”

Kekalahan Liverpool itu menjadikan mereka pasukan kedua yang mengalami kekalahan besar selepas dinobat sebagai juara selain Arsenal tewas yang di Anfield 4-0 pada musim 1997/98.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester City dan Liverpool:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN