Kapten Manchester United, Harry Maguire memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya meningkatkan prestasi menjelang pertemuan dengan Sheffield United dalam perlawanan kedua sejak Liga Perdana Inggeris (EPL) disambung.
United kini menduduki tangga kelima akan berdepan dengan The Blades yang hanya dipisahkan dengan satu mata di tempat ketujuh pada Rabu ini.
Ole Gunnar Solksjaer kini hanya mahukan kemenangan bagi mencerahkan peluang pasukannya untuk mendapatkan slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Harry Maguire's percentile ranks among CBs across Europe's top 5 leagues this szn (possession adjusted):
— Statman Dave (@StatmanDave) June 15, 2020
Aerial duels won – 99th
Interceptions – 93rd
Clearances – 93rd
Aerial success rate – 89th
Passes into final third – 89th
Times dribbled past – 19th
Settled in very well. 🙌 pic.twitter.com/8SOJpAvvY3
Selepas seri dengan Tottenham Hotspur pada Jumaat, United masih ketinggalan dua mata dengan pasukan di tempat keempat, Chelsea yang mempunyai satu perlawanan dalam tnagan dan akan beraksi menentang Aston Villa pada Ahad.
Dalam perlawanan pusingan pertama berdepan Sheffield di Bramall Lane pada November lalu, kedua-dua pasukan terikat 3-3 di mana United telah melepaskan gol penyamaan pada lewat permainan oleh Olie McBurnie.
Justeru itu, Maguire menyeru rakan sepasukannya agar tidak mengulangi kesilapan dengan meningkatkan persembahan mereka dan menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan selepas ini.
https://twitter.com/ManUnited_ENG__/status/1274448464009707522?s=20
“Ia adalah perlawanan yang agak gila,” kata Maguire yang pernah beraksi di akademi Sheffield United semasa zaman kanak-kanaknya antara 2011 dan 2014.
“Prestasi kami pada separuh masa pertama agak teruk, saya tak menafikannya. Mungkin ianya adalah separuh masa pertama paling teruk pada musim ini.
“Tetapi selepas ketinggalan dua gol, kami berjaya bangkit dengan tiga gol dan semakin hampir untuk meraih kemenangan. Mereka tidak mempunyai sebarang peluang untuk 20 hingga 30 minit, sehinggalah percubaan terakhir dari Oli McBurnie itu mengecewakan kami.
“Pada akhirnya ia adalah keputusan yang berat, tetapi saya tak rasa kami berhak untuk mendapat lebih daripada satu mata pada hari tersebut. Kami tak cukup bagus dan kami tahu perlu beraksi lebih baik untuk perlawanan seterusnya.”
Kunjungan The Blades ke ‘Theatre of Dreams’ akan menjadi perlawanan pertama secara tertutup di Old Trafford ekoran pandemik.
“Agak mengecewakan tidak dapat beraksi di hadapan penyokong setia kami, tetapi saya percaya satu masa nanti mereka akan kembali. Apabila mereka sudah kembali, saya yakin suasana di Old Trafford akan menjadi jauh lebih meriah berbanding biasa.”
United kini telah memanjangkan rekod tanpa kalah mereka kepada 12 perlawanan dalam semua pertandingan sejak tewas kepada Burnley pada Januari.
Namun Maguire percaya dengan pemain sedia ada dan beberapa pemain baharu, mereka mampu untuk menewaskan mana-mana pasukan tidak kira di Old Trafford ataupun di tempat lawan.