Siapa yang tidak kenal dengan Park Ji-sung, bekas pemain tengah Manchester United yang cukup terkenal dengan jolokan ‘manusia berjantung dua’ kerana kemampuannya untuk berlari di segenap penjuru padang sepanjang 90 minit perlawanan.
Tujuh tahun kariernya di Old Trafford telah menghasilkan empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), tiga Piala Liga, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Piala Kelab Dunia FIFA dan menjadikannya sebagai pemain Asia paling berjaya di Eropah.
Bekas kapten Korea Selatan ini juga diketahui sebagai ‘pengawal’ atau ‘man-marking‘ paling handal sehinggakan legenda Itali Andrea Pirlo pernah menulis mengenai pemain tengah Manchester United ini yang begitu ‘merimaskan’ ketika di atas padang.
Andrea Pirlo: "At Milan, [Ferguson] unleashed Park Ji-sung to shadow me. He rushed about the pitch at the speed of an electron. They programmed him to stop me. He'd fling himself at me,hands all over my back,trying to intimidate me. He had consented to being used as a guard dog." pic.twitter.com/f19Iuv19KG
— Premier League Panel (@PremLeaguePanel) February 26, 2018
Bekas pemain United, Paul Scholes dalam satu perbualan dengan Wes Brown dalam MUTV mengimbas kembali bagaimana pengalaman mereka menjalani latihan bersama Park.
“Saya masih ingat lagi kamu cuba untuk mengawal saya, tapi bukan hanya kamu seorang Wes. Kamu tahu siapa yang paling ‘teruk’? Park Ji-sung, dia itu mimpi ngeri! Betul-betul luar biasa.
“Tentu kamu ingat apa yang dia buat kepada [Andrea] Pirlo? Ah, macam tak percaya! Dia punya tenaga sepanjang malam perlawanan itu memang ‘gila’. Disiplinnya dalam menggganggu Pirlo itu sukar dipercayai.”
https://twitter.com/RetroRed2/status/1249654250671611904?s=20
“Saya masih ingat semasa latihan, dia datang kepada saya,berdiri di sebelah dan melihat ke arah saya tanpa bercakap sepatah pun. Saya cuba bergurau dengannya, ‘Oh Tuhan, marilah, ayuh kita bermain’, dengan harapan dia akan bercakap sesuatu atau gelak bersama saya.
“Tapi dia memang lain daripada yang lain. Dia cuma diam, datang dekat dengan saya dan merenung tepat ke arah mata saya dan seolah-oleh berkata, ‘Kamu tak akan dapat peluang untuk menyepak bola hari ini’,” kata Scholes sambil tergelak.
Sir Alex Ferguson dalam satu temubual pernah mengakui antara penyesalannya sehingga hari ini adalah tidak memberikan pemain tengahnya itu beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2008 di Moscow.
Sir Alex Ferguson reveals his main regret in football involving Park Ji-Sung… https://t.co/BsPE5H3XLe pic.twitter.com/8nRsswziGK
— SPORTbible (@sportbible) March 21, 2017
Walaupun United menjulang trofi tersebut pada malam ini, pengurus legenda itu mengakui beliau sebenarnya memang mahu menurunkan Park Ji-sung tetapi tidak berkesempatan.
“Untuk memenanangi Piala Eropah memang menakjubkan. Ketika itu memang kami mempunyai sekumpulan pemain yang bagus dengan sikap yang hebat, ia skuad yang cukup kuat,” kata Ferguson kepada MUTV tahun lepas.
“Masalah saya adalah pada perlawanan akhir UCL 2008, mungkin saya masih menyesalinya sehingga hari ini, saya terpaksa pinggirkan Ji-sung Park pada perlawanan tersebut.
“Sedangkan sepanjang musim itu dia telah memainkan peranan yang cukup besar sehingga pasukan mara ke perlawanan akhir. Itulah dilema seorang pengurus dalam soal pemilihan pemain apabila berjaya ke peringkat akhir,”