Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan dua tonggak utama pasukan, Paul Pogba dan Marcus Rashford sudah cergas sepenuhnya dan bersedia untuk diturunkan apabila saingan Liga Perdana Inggeris bersambung tidak lama lagi.
Rashford tidak beraksi sejak Januari lalu selepas imbasan mendapati beliau mengalami kecederaan serius di bahagian belakangnya, sementara Pogba pula dibelenggu kecederaan buku lali yang berulang pada musim ini.
“Keadaan mereka kini sudah bertambah baik dan telah pun menyertai latihan bersama pasukan. Mereka sudah boleh lakukan semua disiplin latihan seperti mana rakan sepasukan yang lain,” ujar Solskjaer kepada laman web kelab.
Skuad utama Manchester United telah pun kembali ke Kompleks Latihan Aon di Carrington, tetapi perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial yang ketat dengan membahagikan pemain kepada kumpulan-kumpulan kecil seperti mana yang diarahkan oleh pihak kerajaan.
Stretchin' it out 😤#MUFC pic.twitter.com/HOZzG3gLEZ
— Manchester United (@ManUtd) May 26, 2020
“Apabila EPL bermula nanti, nampaknya kita sudah ada skuad yang sudah cergas sepenuhnya dan kami boleh memilih pemain terbaik untuk diturunkan,” kata Solskjaer lagi.
Semasa ketiadaan kedua-dua pemain berkenaan, United telah mendapatkan Odion Ighalo secara pinjaman dari Shanghai Shenhua dan membeli Bruno Fernandes dari Sporting Lisbon pada Januari lepas.
Hasilnya Manchester United berjaya mengharungi 11 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan sebelum semua perlawanan dihentikan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda.
Bagaimanapun United kini berdepan kesukaran untuk mengekalkan Ighalo memandangkan kelabnya dilaporkan enggan membenarkan penyerang Nigeria itu melanjutkan tempoh pinjamannya di Old Trafford.
Here we go, here we go… 👀
— Manchester United (@ManUtd) May 26, 2020
For exclusive footage of #MUFC in training, head right this way 👇
“Sesi latihan berjalan dengan sangat baik, semua pemain bersemangat apabila kembali menjejakkan kaki ke pusat latihan ini. Cuaca juga sangat baik dan mereka semua menikmatinya.
“Diharapkan kami boleh membuktikan yang latihan ini akan berjalan dengan prosedur dan protokol yang selamat, jadi selepas ini kita boleh melangkah ke peringkat latihan seterusnya.”
Manchester United yang sedang menduduki tangga kelima EPL kini dalam misi untuk merebut kedudukan empat pasukan teratas bagi mendapatkan tiket ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim depan.
Adakah sasaran itu mampu dicapai dengan kembalinya Pogba dan Rashford?