Tiga pasukan teratas Bundesliga, Bayern Munich, Borussia Dortmund dan Bayer Leverkusen meraih kemenangan kedua berturut-turut sejak aksi liga bersambung dengan menewaskan lawan masing-masing.
Bayern Munich 5 – 2 Eintracht Frankfurt
Dalam perlawanan yang berlangsung lebih lewat awal pagi tadi, Bayern Munich mengaramkan Frankfurt dengan kemenangan besar 5-2 untuk kembali menjarakkan pendahuluan dengan empat mata mengatasi Dortmund.
Bayern selesa mendahului di Allianz Arena dengan tiga gol menerusi Leon Goretzka, Thomas Muller dan Robert Lewandowski, tetapi pemain pertahanan Einctracht, Martin Hinteregger mencemaskan pasukan tuan rumah dengan dua gol dalam masa empat minit pada awal separuh masa kedua.
Bagaimanapun, Bayern menutup aksi cemerlangnya dengan dua lagi gol dari pemain mudanya, Alphono Davies dan gol sendiri Hinteregger untuk mengekalkan kedudukan pasukannya di puncak liga ketika liga masih berbaki tujuh perlawanan.
Wolfsburg 0 – 2 Borussia Dortmund
Borussia Dortmund terus memberi tekanan kepada pendahulu Bundesliga, Bayern Munich selepas menumpaskan Wolfsburg 2-0 hasil dua gol pada setiap separuh masa menerusi Raphael Guerreiro dan Achraf Hakimi dalam perlawanan ni Volkswagen Arena.
Pemain kebangsaan Portugal, Guerreiro menolak masuk hantaran Thorgan Hazard selepas Erling Haaland gagal membuat penyudah pada minit ke-32 dan Hakimi menggandakan pendahuluan hasil bantuan jaringan Jadon Sancho pada hujung perlawanan.
https://www.youtube.com/watch?v=r_NepWG5TYs
Dortmund akan berdepan Bayern maca Selasa ini dalam perlawanan yang cukup penting untuk menentukan kejuaraan liga musim ini.
Bayer Leverkusen 3 -1 Borussia Monchengladbach
Sementara itu satu lagi perlawanan menyaksikan Bayer Leverkusen menumpaskan Borussia Monchengladbach dengan penyerang muda sensasi, Kai Havertz menjaringkan dua gol buat kali kedua berturut-turut untuk meletakkan pasukannya di tangga ketiga liga.
Sekalipun perlawanan dilangsungkan secara tertutup tanpa kehadiran penyokong, tempat duduk stadium dipenuhi dengan 20,000 kotak kadbod dengan gambar muka penyokong setia mereka.
Borussia Monchengladbach fans paid €19 each to be a cardboard cutout in the stands today https://t.co/dLUcYqxlBe pic.twitter.com/ri6spf5Y3D
— RTÉ Soccer (@RTEsoccer) May 23, 2020
Selepas menewaskan Werder Bremen 4-1 pada minggu lepas, Leverkusen mendahului seawal minit ketujuh hasil jaringan Havertz yang menewaskan Yann Sommer untuk gol kesembilannya musim ini.
Pasukan tuan rumah kemudian menyamakan kedudukan tujuh minit selepas bermula babak kedua menerusi gerakan cantik Ramy Bansebaini yang menyungkit bola melepas pertahanan dan tepat kepada Marcus Thuram yang sudah bersedia merembat kencang melepasi jangkauan Lucas Hradecky.
Havertz kembali meletakkan Leverkusen di depan menerusi sepakan penalti sebelum Sven Bender menanduk masuk gol ketiga ketika perlawanan berbaki 9 minit untuk memastikan pasukannya memotong Gladbach di tempat ketiga dengan 53 mata, satu mata mengatasi lawannya itu.
https://www.youtube.com/watch?v=KA-M_UvjKsA
Kredit Foto: Getty Images