Ubat Gigi Punya Pasal, Pengurus Augsburg ‘Digantung’ Tugas

Augsburg Heiko Herrlich

Pengurus Augsburg, Heiko Herrlich bakal terlepas aksi pertama apabila saingan Bundesliga bersambung tidak lama lagi selepas didapati melanggar peraturan kuarantin dengan keluar dari hotel hanya semata-mata untuk beli ubat gigi.

Pasukan bimbingan Herrlich akan berdepan Wolfsburg pada Sabtu ini telah mengeluarkan kenyataan dalam sidang media pada Khamis mengatakan beliau telah pergi ke kedai dan tanpa sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan liga.

Semua pasukan liga Jerman telah mula menjalani latihan untuk beraksi pada hujung minggu ini tetapi diwajibkan untuk menjalani kuarantin seminggu sebelum perlawanan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi panggilan video, pengurus berusia 48 tahun itu mengatakan beliau pergi ke sebuah kedai runcit kerana terlupa membawa ubat gigi.

“Saya melakukan kesilapan dengan meninggalkan hotel tempat penginapan,” katanya dalam kenyataan tersebut yang disiarkan oleh BBC.

Herrlich telah dilantik menjadi pengurus Augsburg bermula 10 Mac lalu dan aksi menentang Wolfsburg esok adalah perlawanan pertama yang dikendalikannya di kelab berkenaan.

“Sekalipun saya telah mematuhi segala langkah keselamatan dan kebersihan lain, tetapi saya akui tindakan meninggalkan hotel itu satu kesalahan.

“Dalam situasi ini saya menyesal kerana tidak bertindak sebagai contoh tauladan kepada pasukan dan orang awam.

“Justeru itu, saya akan mengambil tanggungjawab ke atas kesilapan tersebut. Dengan salah laku ini, saya tidak akan mengetuai sesi latihan pasukan pada Jumaat dan tidak mengendalikan pasukan menentang Wolfsburg pada Sabtu.” katanya lagi.

Pihak pengurusan kelab menjelaskan semua pemain dan staf kejurulatihan dan pekerja telah menjalani ujian saringan COVID-19. Herrlich akan kembali mengendalikan latihan pasukan hanya selepas medapat dua keputusan negatif.

Augsburg kini menduduki tangga ke-14 Bundesliga hanya lima mata dari zon penyingkiran.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Bundesliga:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN