Kelab Liga Super China (CSL), Shanghai Shenhua dilaporkan mahu penyerangnya, Odion Ighalo yang dipinjamkan ke Manchester United kembali menyertai pasukan apabila liga disambung tidak lama lagi yang dijangka pada bermula pada bulan Julai ini.
Manchester United sebelum ini dikatakan mahu memanjangkan tempoh pinjaman pemain tersebut sehingga saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berakhir, namun sehingga kini masih belum diputuskan bilakah tarikh ianya akan disambung ekoran pandemik COVID-19.
Shanghai Shenhua bagaimanapun menegaskan mereka hanya akan membenarkan pemainnya itu terus kekal di Old Trafford sekiranya Manchester United bersedia untuk membelinya dengan nilai £20 juta.
And we love having you, @IghaloJude 🥰#MUFC pic.twitter.com/NTcQgjMvHt
— Manchester United (@ManUtd) May 10, 2020
Terdapat juga laporan yang mengatakan Newcastle United juga berminat untuk mendapatakan Ighalo apabila proses pengambil alihan kelab tersebut oleh sebuah firma dari Arab Saudi selesai pada musim panas ini.
Pada bulan lepas, penyerang berusia 30 tahun itu sendiri mengakui tiada lagi sebarang tawaran dari United untuk memastikan beliau terus kekal di kelab berkenaan sekalipun Ole Gunnar Solskjaer mendakwa penyerang Nigeria itu berada dalam perancangannya.
Ketibaannya di Old Trafford mendapat reaksi yang pelbagai dan kebanyakan pemerhati bola sepak meragui adakah beliau merupakan pemain yang betul untuk projek transformasi Manchester United.
Namun empat gol dalam lapan perlawanan sebelum EPL ditangguhkan membuktikan ketajamannya di hadapan gol dan telah mendiamkan semua pengkritiknya.
Right foot? Left foot? It doesn't matter to our Naija boy 🇳🇬😎#MUFC @IghaloJude pic.twitter.com/yNzTmYKsuU
— Manchester United (@ManUtd) May 10, 2020
Kontrak Ighalo bersama Shanghai Shenhua ketika ini sehingga Disember 2022. Tetapi kelab China itu mahu mengikatnya dua tahun lagi dengan tawaran gaji sekitar £400,000 (RM2.15 juta) seminggu.
Semua pemain yang sedang dalam tempoh pinjaman ketika ini kontrak mereka akan berakhir pada 30 Jun. Namun demikian, dengan penggantungan semua perlawanan ketika ini, tentunya ia memberi kesan kepada ratusan pemain pinjaman memandangkan ada liga yang akan bersambung hanya pada bulan Julai.