FIFA Tetapkan 5 Pertukaran Pemain, VAR Boleh Dihentikan

FIFA tukar pemain

Badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) telah mengeluarkan peraturan sementara untuk kegunaan liga-liga yang akan dijalankan semula tidak lama lagi.

Perubahan kepada peraturan tersebut hanya dibenarkan kepada pertandingan yang dijadualkan akan berakhir sehingga penghujung tahun 2020.

Setiap pasukan dibenarkan membuat lima pertukaran pemain dalam satu-satu perlawanan berbanding peraturan asal iaitu tiga dalam satu perlawanan. Ia sebagai langkah untuk membantu pasukan sekiranya jadual pertandingan menjadi padat.

IFAB selaku penggubal undang-undang bola sepak dunia menjelaskan yang perubahan sementara terhadap peraturan perlawanan ini adalah untuk menjaga kebajikan pemain.

“Pindaan sementara ini akan berkuatkuasa serta merta, dan ianya telah dibuat kerana memikirkan semua pertandingan akan ditamatkan dalam masa yang singkat serta dalam keadaan cuaca yang berbeza, yang mana kedua-duanya memberi kesan terhadap kebajikan para pemain.”

FIFA

FIFA juga turut membuat perubahan kecil iaitu memperkenalkan hanya tiga slot pertukaran dalam satu-satu perlawanan untuk setiap pasukan termasuklah pertukaran ketika rehat separuh masa. Ianya adalah untuk tidak terlalu menganggu perlawanan.

Selain itu, bagi slot dan jumlah pertukaran pemain yang tidak digunakan oleh pasukan dalam waktu sebenar, ianya dibenarkan untuk dibawa ke masa tambahan.

Dan sekiranya pertandingan itu membenarkan penambahan pertukaran pemain jika perlawanan berlanjutan ke masa tambahan, satu pertukaran tambahan dibenarkan dengan ianya mesti dilakukan sebelum dan ketika waktu rehat masa tambahan.

Dalam pada itu, FIFA juga turut membenarkan untuk mana-mana pertandingan yang menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) memberhentikan penggunaannya dalam tempoh masa ini, terpulang kepada badan penganjur masing-masing.

Ini adalah bagi menjaga kebajikan pegawai-pegawai yang terlibat dalam penggunaan sistem tersebut yang perlu duduk bersama-sama di dalam bilik sempit dalam setiap perlawanan yang mungkin akan menjurus kepada penularan pandemik itu.

Majoriti pertandingan bola sepak di seluruh dunia telah ditangguhkan akibat COVID-19 dan beberapa pertandingan dilihat sedang bergerak untuk dilangsungkan semula atas desakan daripada pelbagai sudut termasuk daripada penaja dan penyokong.

Antara pertandingan yang bakal dilangsungkan semula adalah Bundesliga iaitu pada minggu hadapan dan K-League pula sudah pun dilangsung semula malam tadi.

FIFA dan IFAB turut menyatakan yang mereka akan membuat semula keputusan samaada peraturan ini akan diteruskan untuk musim baharu selepas ini.

KREDIT FEATURED IMAGE: FIFA

Baca lagi berita lain mengenai FIFA:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN