Kebanyakan liga bola sepak di seluruh dunia telah tertangguh selama hampir dua bulan, tetapi lebih lama daripada itu adalah Liga Korea atau K-League yang telah menangguhkan permulaan liga mereka sejak bulan Februari lagi ekoran pandemik COVID-19.
Namun menurut laporan dari BBC, negara itu bakal menjadi salah satu negara yang terawal yang akan kembali memulakan perlawanan domestik mereka iaitu pada minggu ini.
Di Eropah, Jerman juga telah mengesahkan saingan Bundesliga akan bersambung di stadium tertutup tanpa kehadiran penyokong bermula pada 16 Mei ini dan diikuti oleh Liga Turki pada bulan Jun.
🗓️ May 8th, 2020
— K League (@kleague) April 27, 2020
🇰🇷⚽️ It's time for our football to be played again.#K리그 #KLeague #5월8일 pic.twitter.com/yKMtqHiR1L
Bermula Jumaat ini, kelab-kelab Korea Selatan akan menyertai beberapa negara lain seperti Belarus, Burundi, Tajikistan dan Nicaragua yang masih tenang meneruskan perlawanan-perlawanan bola sepak ketika wabak berkenaan melanda di seluruh dunia.
Jeonbuk Hyundai Motors FC – juara bertahan tiga tahun berturut-turut akan berdepan Suwon Bluewings dalam aksi pembukaan di Stadium Piala Dunia Jeonju.
Dengan menguatkuasakan larangan penyokong ke stadium, segala persiapan dari segi keselamatan juga disediakan selain mewujudkan beberapa peraturan baharu termasuk mewajibkan staf kejurulatihan memakai topeng.
📰 2020 #KLeague Winter Newsletter
— K League (@kleague) February 20, 2020
🏆 "Made in K League" #AFCU23 Champions
🌏 #ACL2020
😍 Mascot Competition
🗓️ Opening Day Marquee Matches
👉 https://t.co/qJeYRLmYdf pic.twitter.com/Vvjpvvh4u4
Semua pasukan juga telah diingatkan dengan beberapa larangan lain seperti berjabat tangan, meludah, bercakap terlalu rapat kepada rakan sepasukan, pihak lawan serta pegawai perlawanan.
“Meludah atau menghembus hidung juga adalah dilarang dan semua pemain perlu mengelak dari bercakap terlalu dekat dengan mana-mana individu lain di atas padang,” ujar jurucakap K-League, Woo Cheoung-sik.
“Semasa perlawanan sedang berlansung, pemain yang meludah dan bercakap terlalu rapat akan diberi amaran.”
Penjaring terbanyak liga musim lepas dengan 20 gol, Adam Taggart mengatakan beliau sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana peraturan baharu tersebut akan dilaksanakan.
https://twitter.com/ShababHossain13/status/1258222429953863680?s=20
“Kami masih menungguh penjelasan penuh mengenai peraturan tersebut,” kata penyerang antarabangsa Australia itu.
“Mengenai larang bercakap itu, jika ia benar, sudah tentu ia agak sukar. Walaupun saya sendiri tidak boleh berbahasa Korea, tetapi kami masih perlu berkomunikasi dengan rakan sepasukan semasa di atas padang.
Mengenai peraturan staf kejurulatihan wajib memakai topeng, mungkin ianya agak janggal, tetapi sudah menjadi satu kebiasaan di sini. Kamu pergi ke mana-mana sekalipun, tak akan jumpa orang yang tidak memakai topeng.
Picture taken right now. Not one korean without a mask. That is why korea has things beat pic.twitter.com/cQ0pRQ14yG
— john wilkin (@sarsmonster) May 3, 2020
“Saya sendiri pun terpaksa memakainya dan ia sudah menjadi kebiasaan. Keluar tanpa memakai topeng ibarat kamu seolah-olah berlari bogel di khalayak ramai,” katanya berseloroh.