De Bruyne Mungkin Angkat Kaki Jika Penggantungan UCL Man City Kekal

Kevin de Bruyne

Peman tengah Manchester City, Kevin de Bruyne mendedahkan beliau masih menunggu keputusan rayuan pasukannya berkenaan penggantungan dalam saingan Eropah

Jika keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), maka The Citizen tidak akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah mahupun Liga Europa untuk musim 2020/21 atau 2021/22 selepas didapati bersalah di atas tuduhan melanggar peraturan kewangan FIFA pada awal tahun ini.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu juga telah mengumumkan mereka telah pun mengusulkan rayuan tersebut kepada CAS, namun pandemik COVID-19 yang sedang melanda di seluruh dunia ketika ini menyebabkan ia tertangguh dan tarikh pendengaran rayuan masih belum ditetapkan.

Walaupun Manchester City yakin pasukannya tidak bersalah dan yakin dapat mengetapikan hukuman tersebut, de Bruyne merasakan dua tahun tanpa aksi di kejohanan Eropah sukar untuk diterima dan terlalu lama untuknya. 

“Buat masa sekarang saya masih meletakkan keyakinan kepada kelab. Jika mereka katakan mereka betul [tidak bersalah], saya percaya mereka. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Apabila keputusan akhir dikeluarkan, saya akan pertimbangkan [masa depan di City].

“Dua tahun terlalu lama, setahun mungkin saya boleh pertimbangkan lagi.”

De Brune juga menjelaskan masa depannya tidak bergantung kepada kedudukan Pep Guardiola di kelab tersebut selepas jurulatih dari Catalan itu bertegas akan terus kekal di Stadium Etihad walau apa pun keputusan rayuan berkenaan.

“Sejak beberapa tahun lepas, banyak kelab yang bertanya apa perancangan saya, tetapi saya gembira di sini. Saya beraksi untuk salah satu kelab dan liga terbaik di dunia.

“Saya tidak membuat keputusan berdasarkan apa yang Pep akan lakukan.” kata pemain antarabangsa Belgium itu lagi.

“Saya telah bekerjasama dengan banyak jurulatih lain, apabila Pep pergi, saya akan bekerja dengan jurulatih lan pula. Saya tidak pernah fikir mengenai perkara itu buat masa ini kerana ada perkara lain yang lebih penting.”

Kontrak Guardiola bersama City akan tamat pada Jun 2021 dan bersedia untuk menyambung kontrak sekiranya beliau masih diperlukan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Kevin de Bruyne dan Manchester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN