Kumpulan A
Kumpulan ini lebih kepada penentuan siapakah akan menduduki tangga teratas dalam kumpulan, sama ada T-Team ataupun Kedah.
JDTII dan Sarawak sudahpun tersingkir daripada persaingan. Kedua-dua pasukan sudah pasti mahu mencetak sekurang-kurangnya 1 kemenangan dalam perlawanan terakhir ini.
Kedudukan Semasa
[table]
Pasukan,Perlawanan,Menang,Seri,Kalah,Gol,Bolos,Mata,
1. T-Team,5,3,1,1,11,5,10,
2. Kedah,5,3,1,1,7,7,10,
3. JDTII,5,0,4,1,5,6,4,
4. Sarawak,5,0,2,3,4,10,2,
[/table]
JDTII v T-Team
Prestasi 6 Perlawanan Terakhir
Rekod 6 Pertemuan Terakhir
JDTII menang-1(17%) T-team menang-4(66%) Seri-1(17%)
Fakta Perlawanan
- JDT II masih belum menang dalam 3 perlawanan terakhir
- Kekalahan JDTII di tangan Kedah pada perlawanan ke-4 adalah kekalahan di tempat sendiri yang pertama selepas 8 perlawanan
- T-Team hanya memenangi 2 daripada 5 kunjungan terakhir mereka ke tempat lawan
- JDTII telah melepaskan 10 bolos dan menjaringkan 10 gol dalam 5 perlawanan terakhir
- T-team telah mencatat 5 clean sheet daripada 6 perlawanan terakhir mereka
Sebelum Wisel
T-team akhirnya mendapat rentak dalam kempen Piala Malaysia kali ini. JDTII pula agak goyah di bahagian pertahanan dan banyak mencatat keputusan seri. Mereka cuma tewas sekali.
T-team pula menjadi antara pasukan yang memiliki rekod pertahanan terbaik dalam berberapa perlawanan terakhir.
T-team pastinya mahu memenangi perlawanan ini untuk memastikan mereka memimpin kumpulan ini dan mengelakkan juara kumpulan dari kumpulan lain pada peringkat kalah mati.
JDTII masih belum memenangi mana-mana perlawanan dalam kempen Piala Malaysia musim ini
Sarawak v Kedah
Prestasi 6 Perlawanan Terakhir
Rekod 6 Pertemuan Terakhir
Sarawak menang-1(17%) Kedah menang-5(83%) Seri -0(0%)
Fakta Perlawanan
- Sarawak masih tidak menang dalam 4 perlawanan terakhir dengan 1 seri dan 3 kekalahan
- Kedah pula menang 4 daripada 5 perlawanan terakhir mereka
- Sarawak hanya menang sekali dalam 5 perlawanan home terakhir mereka
- Tidak ada pasukan yang melakukan clean sheet dalam 5 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan ini
- Sarawak masih belum memenangi mana-mana perlawanan dalam kempen Piala Malaysia musim ini
Sebelum Wisel
Kedua-dua pasukan mungkin akan menurunkan pasukan kedua dalam perlawanan kali ini. Sarawak berada dalam prestasi yang agak teruk dalam berberapa perlawanan terakhir.
Baca juga : Previu Matchday 6 Piala Malaysia 2016 – Kumpulan D