Kylian Mbappe Mungkin Akan Ke Liverpool Secara Percuma Sahaja

Kylian Mbappe PSG

Paris Saint-Germain (PSG) sebelum ini dikatakan tidak akan sama sekali melepaskan pemain sensasi mereka, Kylian Mbappe kepada mana-mana pasukan musim ini.

Atas sebab itu, timbul cakap-cakap yang mengatakan yang mungkin PSG lebih rela untuk kehilangan pemain berusia 21 tahun itu apabila kontraknya berakhir.

Walaubagaimanapun, kontrak Kylian Mbappe hanya akan berakhir pada Jun 2022 dan beliau akan boleh didapati secara percuma sekitar Disember 2021. Dan menurut laporan TEAMtalk, Liverpool mungkin miliki peluang besar berbanding Real Madrid.

Kedua-dua pasukan tersebut sering dikaitkan dengan Kylian Mbappe dan Real Madrid memiliki lebih peluang untuk mendapatkannya kerana dana besar yang mereka miliki. Namun, dengan pegangan PSG baru-baru ini, tampaknya Liverpool lebih berpeluang.

Pengarah Sukan PSG, Leonardo terdahulu berkata yang mereka sangat marah dengan tindakan Real Madrid yang kerap kali cuba mengalih perhatian Kylian Mbappe.

“Secara jujurnya, ia sedikit mengganggu. Sememangnya ia mengganggu. Ini bukanlah masa yang baik untuk bercakap mengenai impian ataupun apa-apa sahaja. Jadi, tolong hentikannya,” memetik kenyataan Leonardo di laman sesawang tersebut.

“[Kylian] Mbappe sangat penting buat kami dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk mengganggu kestabilan pasukan. Beliau adalah pemain muda terbaik di Perancis, pemenang Piala Dunia, antara pemain terbaik di dunia ketika ini,” ulas Leonardo.

“Ia bukanlah masa yang sesuai untuk ‘kacau daun’ dan mengganggu pasukan. Tolong hentikannya. Beliau masih berbaki dua tahun setengah kontrak,” tambahnya lagi mengenai beberapa cubaan Real Madrid untuk mendapatkan pemain itu.

Dengan pegangan dan respon PSG terhadap cubaan Real Madrid mengganggu pemain tersebut, Daily Express ‘mencadangkan’ yang kini, peluang di tangan Liverpool.

Jika peperangan tawar-menawar, Liverpool dengan mudah akan tewas kepada gergasi Sepanyol itu, tetapi kini Jurgen Klopp mungkin memiliki peluang mendapatkan pemain itu secara percuma setelah kontrak pemain tersebut berakhir pada Julai 2022.

Dengan Kylian Mbappe sebelum ini pernah dilaporkan memberi komen-komen positif mengenai Liverpool, pemain tersebut mungkin tiada masalah untuk melangkah ke The Reds berbanding menyertai saingan La Liga bersama Los Blancos.

KREDIT FEATURED IMAGE: GET FRENCH FOOTBALL NEWS

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN