FAM, MFL Rangka SOP Teruskan Saingan Liga-M

FAM MFL

Peminat bola sepak tempatan akhirnya menerima berita baik daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang dilaporkan sudah bersedia untuk meneruskan saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim ini.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam kepada Bernama, FAM dan MFL sudah pun mempunyai perancangan teliti untuk memastikan semua pertandingan termasuk saingan Piala Presiden dan Piala Belia disambung sejurus tamat sahaja pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kali terakhir aksi Liga-M berlangsung adalah pada 15 Mac lalu di mana semua aksi pada minggu terakhir itu berlangsung tanpa kehadiran penyokong di stadium.

Ujar Stuart, prosedur operasi standard (SOP) akan diperkenalkan untuk dipatuhi oleh setiap pasukan bertanding di mana semua pemain serta pegawai pasukan diwajibkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 bagi memastikan semua individu yang terlibat bebas dari wabak berkenaan.

“Kami telah hubungi semua anggota gabungan kami, mereka tahu kami telah bersedia dan mereka tahu kami mempunyai opsyen. 

“Semuanya sudah bersedia tetapi seperti kebanyakan negara dan liga dunia, mereka tidak boleh nyatakan dengan tepat bila ia (saingan bola sepak) akan bersambung, mereka hanya boleh beritahu anda bila mereka mahu mulakan.

“Kami telah bersedia dari segi penjadualan dan SOP apa yang perlu dilakukan termasuk pemain dan pegawai perlu jalani ujian COVID-19 dan mengisytiharkan mereka tidak mempunyai kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti COVID-19,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga telah merangka beberapa perancangan untuk memastikan semua pertandingan dapat dilengkapkan dengan mengambil kira jumlah perlawanan.

Terdapat tiga kemungkinan sama ada perjalanan liga akan bersambung pada Jun, Julai ataupun Ogos, kedua-dua entiti penting bola sepak negara itu telah pun bersedia dengan mekanisme terbaik untuk memastikan kepentingan semua pihak terjaga.

Tambah Stuart lagi, FAM bertanggungjawab untuk memastikan soal kesihatan dan keselamatan  semua pihak menjadi keutamaan dan pihaknya tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.

“Kami faham sekarang bukan masa yang tepat untuk berbincang dengan kementerian (Kementerian Belia dan Sukan) mengenai bola sepak, pada masa ini mereka mempunyai masalah negara untuk ditangani (COVID-19).

“Jadi bila saatnya tiba untuk kami berbincang kami bersedia dan saya pasti mereka akan lebih mengetahuinya pada masa itu untuk memaklumkan kepada kami apakah SOP yang betul,” jelasnya lagi.

Kredit Foto: Media Selangor

Baca juga artikel kami yang lain mengenai FAM dan MFL:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN