Paulo Josue Simpan Hasrat Bersara Di Kuala Lumpur

Paulo Josue

Pemain tengah Kuala Lumpur, Paulo Josue yang telah beraksi selama empat musim bersama skuad warga kota menanam hasrat mahu mengakhiri karier bersama skuad warga kota.

Dia mengakui Kuala Lumpur sudah seperti sebahagian daripada dirinya malah menjadi pasukan paling lama diwakilinya sepanjang bergelar pemain profesional.

Berusia 31 tahun, Josue yang berasal dari Brazil turut menyatakan keluarganya juga sudah semakin selesa dan gembira tinggal di Kuala Lumpur.

“Tidak keberatan untuk katakan yang saya memang mahu bermain selama mungkin bersama Kuala Lumpur malah hingga karier saya berakhir.

” Empat musim di sini, pelbagai perkara saya telah lalui bersama Kuala Lumpur dan mereka umpama seperti keluarga buat saya.

” Segala-galanya saya gembira bersama Kuala Lumpur dan diharapkan saya mampu menempuh beberapa musim lagi jika khidmat diperlukan.

” Malah faktor keselesaan keluarga saya tinggal di sini,membuatkan motivasi serta fokus saya sentiasa di tahap terbaik bersama Kuala Lumpur,” katanya.

Barisan skuad Kuala Lumpur menghadapi Liga Premier 2020.

Fabio Maciel merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Josue pada pertengahan musim 2017 sebelum pasukan Kuala Lumpur muncul juara Liga Premier.

Selain Josue, pemain tengah Perak, Leandro dos Santos (2017-2020) dan penyerang JDT, Gonzalo Cabrera (2017-2020) antara tonggak paling import paling lama kekal bersama satu pasukan.

Mengenai kesan penularan wabak COVID-19, Josue masih menyimpan impian agar Liga Malaysia 2020 dapat kembali bersambung sejak ditangguhkan 16 Mac lalu.

Tambahnya, berita mengenai penurunan jumlah kes baharu dalam tempoh beberapa hari ini diharap mampu beri kesan positif terutama pada penganjuran Liga Malaysia musim ini.

” Buat masa ini, saya dan pemain lain masih menanti penuh debar bilakah liga kita akan disambung kembali dan harapan saya mungkin Julai ini dapat diteruskan cuma kita kena tengok bagaimana COVID-19.

” Saya ada ikuti keadaan semasa di sini dan memang nampak ada penurunan kes, harap benda ini berterusan serta mampu beri kesan positif kepada perjalanan Liga Malaysia,” katanya.

Walaupun membawa isteri dan anaknya tinggal di sini namun tetap terselit kerinduan kepada sanak saudaranya yang sedang berada di Brazil.

” Kes di Brazil memang saya akui agak tinggi namun saya lega tiada dalam kalangan ahli keluarga yang dijangkiti dan buat masa ini,tiada apa yang hendak saya risaukan, ” ujar Paulo Josue lagi.

Kredit foto: Kuala Lumpur Hawks

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN