Zolkples Embong: Saranan FAM Demi Menjaga Semua Pihak

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang juga pemerhati sukan tanahair, Datuk Seri Zolkples Embong, melihat apa diputuskan oleh FAM melalui Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam itu sebagai wajar demi menjaga periuk nasi semua pihak berkepentingan.

Semua pihak yang terlibat dalam industri bola sepak negara perlu segera menyahut saranan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk akur saranan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan jangan berterusan mencipta pelbagai alasan demi mencapai kata sepakat sepanjang krisis COVID-19.

Tambahnya, apabila FIFA telah mengeluarkan garis panduan sebegitu, maka tiada sesiapa perlu mempertikaikannya lagi dan semua pihak perlu segera mencari titik persamaan serta formula bersesuaian berhubung soal kontrak dan gaji pemain.

“Semua pihak terutama pemain dah boleh muhasabah diri dan kena beri ruang untuk kerjasama sebaik FIFA keluarkan garis panduan sebegitu dan mereka kena sedar realiti sebenar yang sedang terjadi.

“Realitinya kita semua berada dalam situasi untuk terus kekal bertahan memandangkan impak ekonomi daripada wabak COVID-19 ini juga menjejaskan kewangan banyak pihak terutama penaja.

“Jadi pemain kena fikirkan sama adakah mereka mahu melihat pasukan yang diwakili tutup kedai gara-gara masalah ini kerana enggan berbincang soal gaji dan jika fikir mereka susah,ramai lagi di luar sana yang lebih susah serta terjejas teruk daripada segi pendapatan kerana wabak COVID-19.

“Maka saya berharap pihak yang mewakili pemain seperti Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFAM) dapat menemui badan pentadbir liga, Malaysian Football League (MFL) dalam mencari formula yang mampu memberi kepuasan semua pihak serta boleh bertolak ansur dalam situasi genting ini,” katanya.

FAM pada Khamis lalu melalui satu kenyataan media meminta semua pihak mampu akur garis panduan FIFA yang dikeluarkan Selasa lalu bagi bersama-sama menangani impak ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19.

Beberapa langkah telah dicadangkan FAM seperti pasukan perlu berbincang terus dengan pemain serta kakitangan teknikal melalui satu perjanjian bersama.

Selain itu, MFL dan PFAM juga digalakkan duduk semeja menyediakan sebarang bentuk pakej serta pelan Penstrukturan Penggajian Sementara yang mewakili semua pasukan serta pemain.

Kedua-dua langkah ini perlu diambil tindakan segera sebelum 22 April ini.

Selain itu, Zolkples mengakui isu penularan wabak COVID-19 ini membawa bencana kepada seluruh dunia termasuk industri sukan dan sesiapa tidak pernah terfikir kesannya mampu seteruk sebegini.

Justeru beliau meminta semua pihak melihat skop yang lebih luas dan bukannya terhadap diri semata-mata.

“Dalam situasi sekarang, saya harap semua orang sudah boleh celik mata dengan perkembangan sedang berlaku membabitkan sukan-sukan di seluruh dunia malah temasya sebesar Sukan Olimpik pun kena tunda.

” Maka, warga sukan juga kena lakukan pengorbanan kerana semua pihak merasai keperitan yang sama kerana apa yang jadi keutamaan seluruh masyarakat dunia sekarang ialah kita bebas daripada COVID-19,” ujar Zolkples Embong lagi.

Kredit foto: Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN