Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp menegaskan bahawa peledak utama kelab tersebut, Harry Kane mampu untuk menjadi tambahan yang hebat buat Machester City.
Meskipun mengharapkan penyerang berusia 27 tahun itu terus kekal menyarung jersi The Lilywhites, Redknapp merasakan Kane adalah calon sesuai dalam menjadi pengganti kepada Sergio Aguero yang bakal menjengah usia 32 tahun pada bulan Jun ini.
”Dengar, Harry [Kane] adalah seorang lelaki yang bercita-cita tinggi. Dia pemain profesional yang hebat, seorang lelaki yang hebat dan dia mahu bermain serta memenangi sesuatu.”
”Mereka [Tottenham Hotspur] memerlukan ‘pembedahan’ pada musim panas, tetapi adakah mereka akan membelanjakan sejumlah wang?”
”Adakah sesiapa akan menghabiskan wang pada satu atau dua musim hadapan untuk perpindahan yang besar?” ujar Redknapp menurut laporan dikeluarkan Goal.
”Dan dia adalah pemain yang hebat dalam mengisi ruang untuk salah satu daripada kelab besar.”
”Saya tidak mahu untuk melihat dia meninggalkan Tottenham, begitu juga dengan penyokong Tottenham tetapi dia akan menjadi pemain yang hebat untuk Manchester City dengan [karier] Aguero yang seperti ingin berakhir.”
”Dia akan menjadi pembelian hebat untuk sesiapa [pengurus] sahaja. Dia adalah pemain dan juga seorang profesional yang hebat – diharapkan dia akan kekal di Tottenham tetapi dia tidak akan kekal melainkan dia melihat pasukan menekan untuk memenangi sesuatu,” ujar Redknapp lagi.
Sepanjang 11 musim (termasuk empat musim dipinjamkan) bersama Tottenham Hotspur, Harry Kane masih lagi tidak pernah memenangi sepanjang kejuaraan walaupun dua kali beraksi di pentas final iaitu dalam Piala Liga 2014/15 dan juga Liga Juara-Juara Eropah 2018/19.
Sebelum ini terdapat laporan yang mendedahkan bahawa Kane meluahkan sesuatu kepada anak Redknapp iaitu Jamie yang berbunyi:
“Saya cintakan Spurs. Saya sentiasa cintakan Spurs. Tapi kalau saya rasa kelab kita tak bergerak maju atau menuju ke arah yang betul, saya takkan terus kekal di sana hanya nak tunjuk kesetiaan.
Kredit foto: Marc Atkins/Getty Images