Pemain tengah Terengganu FC, Stuart Wark yang sudah merancang untuk berkahwin pada tahun ini mungkin terpaksa menangguhkan hasratnya itu selepas seluruh dunia kini sedang dilanda pandemik wabak coronavirus (COVID-19).
Pemain berdarah campuran Malaysia-Scotland itu dalam kenyataannya kepada Berita Harian turut mengakui beliau kini amat merindui keluarganya di Sotland dan berharap dapat pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan mereka.
Beliau juga melahirkan kebimbangan mengenai keadaan keluarganya ketika penularan wabak itu semakin serius di United Kingdom (UK) di mana data terkini menunjukkan berlaku peningkatan mendadak di negara itu.
Tonight on @BBCScotNine and Reporting Scotland, we take a look at the ongoing efforts to shelter rough sleepers in Glasgow and protect them from #COVID19 – with work by @Liamweir14 pic.twitter.com/Us6p9PClSg
— Chris Clements (@chrisclements) March 27, 2020
Rekod pada hari Jumaat menunjukkan UK kini berada pada kedudukan ke-10 dengan 9,640 kes positif dan mencatatkan 465 kematian.
“Mengenai tindakan kerajaan Malaysia melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia adalah langkah yang tepat.
“Jika semua mengikut PKP itu dan polisi yang diarahkan kerajaan, pastinya wabak itu akan dapat dibendung dan kita kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini.
“Justeru, saya minta semua berada di kediaman masing-masing dan mengikut panduan yang sudah digariskan,” katanya.
RASMI: Stuart Wark Sarung Jersi 55 Terengganu FC – https://t.co/NK6dQOzaqk pic.twitter.com/gnTBm1bcqd
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 6, 2020
Sejak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan penangguhan saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada 13 Mac lepas, tiada lagi sebarang laporan mengenai mana-mana pemain bola sepak profesional di negara ini dijangkiti COVID-19.
Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) telah menyeru kepada semua pemain dan pasukan dalam saingan Liga-M supaya mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak MFL dan kerajaan Malaysia.
Semua pemain perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan menghadkan pergerakan dan tidak mengambil kesempatan atas ‘pelepasan’ yang diberikan oleh pasukan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mereka terjamin.
Kredit Foto: Terengganu FC