Shanghai Shenhua kini dikatakan sedang rancak memburu seorang lagi pemain dari Nigeria, Obafemi Martins sekaligus mencetuskan perkhabaran Odion Ighalo bakal diberikan kontrak tetap oleh Manchester United.
Ighalo yang juga beraksi untuk Nigeria tiba di Old Trafford pada hari terakhir perpindahan Januari lalu secara pinjaman dari kelab Liga Super China (CSL) itu.
Kontrak Ighalo pada asalnya akan berakhir pada 30 Jun ini, dan selepas mendiamkan pengkritiknya dengan ketajaman di hadapan gol, terdapat laporan United mungkin berminat untuk mengekalkan pemain itu pada musim hadapan.
Martins juga bukan pemain yang asing buat Shanghai Shenhua. Beliau pernah menyarung jersi kelab tesebut selama dua musim dari 2016 sehingga 2018.
Akhbar China, Titan Sports melaporkan pemain tersebut telah tiba di China pada Selasa lalu, dan berkemungkinan besar akan tampil sebagai pengganti Ighalo menjelang musim baharu 2020.
Saingan domestik di China pada tahun ini belum lagi bermula dan telah ditangguhkan disebabkan oleh penularan wabak coronavirus.
Spekulasi kini bertiup kencang menyatakan ia mungkin akan bermula seawal Mei.
Ighalo turut tidak beraksi di England setelah cemerlang dalam empar perlawanan besama skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer setelah Liga Perdana Inggeris turut ditangguhkan.
United dilaporkan perlu membayar £15 juta kepada Shanghai Shenhua jika mahukan khidmatt Ighalo pada musim hadapan.