Premier League Nekad Mahu Elak Batal Musim 2019/2020

Kemungkinan Premier League musim 2019/2020 batal seperti yang diharapkan oleh West Ham mungkin tipis selepas England FA menyatakan komitmen untuk menghabiskan juga musim selewat mana pun.

Semua perlawanan Premier League, EFL, Women’s Super League dan Women’s Championship, serta semua perlawanan di Scotland, Wales dan Iraland Utara sedang ditangguhkan sehingga 30 April.

Ketika ini, walaupun selepas FIFA, UEFA, Premier League dan EFL telah bermesyuarat, tiada siapa tahu bila musim 2019/2020 boleh disambung semula.

Apa yang kita tahu sekarang?

UEFA baru-baru ini mengumumkan EURO 2020 telah ditangguhkan ke tahun depan. CONMEBOL juga mengambil langkah sama dengan menangguhkan Copa America ke tahun 2021. FIFA Club World Cup pula ditangguhkan sementara ke satu tarikh yang bakal ditentukan kemudian.

European Under-21 Championship yang sepatutnya berlangsung tahun depan pula ditangguhkan ke 2022. Begitu juga dengan EURO 2021 untuk bola sepak wanita.

Di England, musim bola sepak ditangguh sehingga 30 April paling awal. Tarikh habis musim tidak ditetapkan – dan boleh dihabiskan selewat mana pun. Tetapi secara idealnya, England mahu musim 2019/2020 tamat pada 30 Jun.

Ketika ini masih belum ada satu kata putus daripada 20 kelab Premier League tentang patutkah musim batal atau diteruskan.

Kenapa 30 Jun?

Tarikh 30 Jun ini signifikan atas beberapa sebab.

Pertama, kontrak pemain kebanyakannya akan tamat pada tarikh ini. Pemain yang tamat kontrak mereka pada 30 Jun boleh menandatangani terma pra-kontrak dengan kelab baru di luar negara bermula 1 Januari lepas.

Ini bermakna selepas 30 Jun, mereka wajib untuk berhijrah ke kelab baru mereka. Jika musim di England dilanjutkan melebihi 30 Jun, ia akan mendatangkan masalah kepada banyak kelab.

FIFPro yang mewakili suara pemain profesional seluruh dunia mencadangkan pengecualian – di mana lanjutan selama beberapa bulan dicadangkan. Tetapi ia tak adil untuk kelab yang tak mahu membayar gaji pemain yang mahu mereka lepaskan pada 30 Jun.

Selain kontrak pemain, kontrak jersi dan penaja juga biasanya berubah selepas 30 Jun.

Mungkin ada orang yang mudah cakap penaja musim 2019/2020 perlu sama sehingga musim habis. Tetapi apa yang akan terjadi jika kempen promosi jersi baru sudah siap tetapi kelab masih menggunakan jersi lama dengan logo penaja lama?

Dalam dunia pengiklanan, di mana berjuta-juta pound sterling dibelanjakan oleh jenama untuk memaparkan logo mereka di jersi pasukan, perkara ini sangat penting.

Satu lagi sebab 30 Jun sangat penting adalah jika musim 2019/2020 dapat ditamatkan secara normal sebelum tarikh tersebut, kelab boleh dapat cuti pra-musim selama tiga minggu sebelum musim baru dimulakan pada awal Ogos.

Ini bermakna kelab-kelab di England mungkin tidak lagi boleh menjalani kempen pra-musim jauh-jauh di benua lain seperti kebiasaannya. Mungkin mereka hanya boleh melakukan beberapa perlawanan persahabatan sebelum memulakan musim 2020/2021.

Musim 2020/2021 Premier League dijadulkan akan bermula pada 8 Ogos.

Bagi UEFA pula, jika musim bola sepak Eropah berakhir sebelum 30 Jun, mereka boleh menyelitkan beberapa pusingan kelayakan Champions League dan Europa League sebelum pusingan kumpulan bermula pada September.

Bila musim 2018 perlu disambung supaya dapat habis sebelum 30 Jun?

Ketika ini masih ada lagi 9 perlawanan Premier League yang tinggal, tambah dua perlawanan yang tertangguh kerana Manchester City dan Aston Villa bermain dalam perlawanan akhir Carabao Cup.

FA Cup yang kini berada di peringkat suku akhir juga perlu disambung. Champions League dan Europa League kedua-duanya masih berada di pusingan 16 pasukan terakhir.

Walaupun tarikhnya belum ditetapkan secara rasmi lagi, UEFA dikatakan sudah berbincang untuk menangguhkan perlawanan akhir Champions League pada 27 Jun dan Europa League pada 24 Jun.

Manchester City bakal mengharungi jumlah perlawanan paling banyak iaitu 19. Chelsea dan Manchester United pula masing-masing ada 18 perlawanan lagi.

Jumlah perlawanan ini mungkin boleh dikurangkan jika UEFA membuat keputusan untuk menjadikan suku akhir dan separuh akhir sebagai perlawanan one-off di stadium neutral – tiada perlawanan home dan away seperti kebiasaan.

Penjadualan semula ini akan menyebabkan banyak kelab perlu menggunakan kapasiti penuh skuad mereka untuk bermain dua perlawanan setiap 2-3 hari. Ia mungkin tak ideal. Tetapi Liverpool sudah melakukannya beberapa kali pada musim ini. Jadi ia boleh dilakukan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai kemungkinan Premier League batal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN