Punca Pemain Borussia Monchengladbach Derma Gaji Sebulan

Pengarah Sukan Borussia Monchengladbach, Max Eberl mengesahkan semua pemain, staf kejurulatihan, pengarah dan pengarah urusannya akan derma gaji sebulan mereka.

Inisiatif ini dibuat untuk membantu staf kelab yang berpotensi kehilangan kerja disebabkan penurunan pendapatan kelab akibat wabak COVID-19.

Eberl mengumumkan inisiatif tersebut di laman sesawang rasmi kelab.

Seperti kelab-kelab lain di Bundesliga, Borussia Monchengladbach tidak terlepas dariapda kesan penangguhan perlawanan yang disebabkan oleh wabak COVID-19.

Pengarah Urusan kelabnya, Stephan Schippers memberitahu:

“Ketika ini kita menghadapi situasi paling sukar sejak 1999 di Bundesliga dan juga di kelab. Kelab kita dijangka akan hilang pendapatan disebabkan oleh penangguhan perlawanan, kekurangan jualan tiket, mungkin kehilangan duit penyiaran TV dan kekurangan duit tajaan.”

Embed from Getty Images

Ketika ditanya apa tindakan yang bakal diambil oleh Borussia Monchengladbach untuk memperbetulkan keadaan, Schippers menjawab ‘memecat staf bukanlah satu pilihan’.

“Dalam perjumpaan kami pada Isnin lepas, kami dah memutuskan tindakan pertama kita. Objektifnya adalah untuk menghadapi krisis coronavirus ini bersama-sama tanpa memecat sesiapa.

“Untuk memastikan objektif ini tercapai, kita kena bekerja kuat bersama-sama. Kita tak boleh nafikan langkah-langkah yang mungkin bakal diambil oleh syarikat-syarikat lain di Jerman – contohnya memberi pilihan kepada staf untuk buat kerja secara sambilan.”

Schippers memberitahu untuk memastikan kewangan Borussia Monchengladbach tidak terjejas terlalu teruk, musim liga mesti dielakkan daripada dibatal untuk mendapatkan duit penyiaran TV dan penajaan.

Ada kemungkinan jika wabak COVID-19 berlanjutan, baki perlawanan musim 2019/2020 Bundesliga akan dimainkan dalam stadium kosong. “Bundesliga tanpa penyokong bukanlah apa yang kita mahu,” kata Schippers.

“Tapi untuk beberapa minggu dan bulan akan datang, kita kena sedar bahawa hanya dengan menyambung baki musim liga – tanpa penyokong – barulah banyak kelab mampu bertahan dari segi ekonomi.”

Borussia Monchengladbach turut mengambil inisiatif menjelaskan situasi sekarang kepada pemain. Tugas ini dibuat oleh Pengarah Sukan Borussia Monchengladbach, Max Eberl.

Embed from Getty Images

“Ya saya dah beritahu mereka [pemain]. Tapi saya tak perlu cakap panjang kerana mereka faham apa yang sedang berlaku. Bermain adalah kerja mereka.

“Jadi bila tak dapat bermain, pemain Borussia memaklumkan kepada saya yang mereka mahu derma gaji mereka jika ia boleh membantu kelab dan staf yang lain.”

Eberl nyata tersentuh dengan inisiatif pemain-pemainnya.

“Saya sangat bangga dengan mereka. Ini isyarat jelas: kita berdiri bersama-sama untuk Borussia, ketika susah dan senang. Pemain nak beri sesuatu balik kepada kelab dan penyokong yang menyokong.

Embed from Getty Images

“Staf kejurulatihan juga buat benda sama dengan pemain Borussia yang derma gaji. Begitu juga dengan semua pengarah kelab dan pengarah urusan.”

Sebagai rekod, Borussia Monchengladbach ketika ini berada dalam landasan terbaik untuk bermain di UEFA Champions League pada musim depan selepas menduduki tangga keempat liga ketika ini.

Pada musim ini, kelab yang dilatih oleh Marco Rose itu terkandas di peringkat kumpulan UEFA Europa League. Anak lagenda Perancis Lilian Thuram, Marcus Thuram meruoakan penjaring terbanyak kelab itu pada musim ini.

Baca juga artikel kami yang lain tentang Borussia Monchengladbach:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN