Jangan Degil, Tubuh Badan Yang Sihat Pun Boleh Dijangkiti!

Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan selama 14 hari bermula 18 hinga 31 Mac ini bermaksud larangan untuk melakukan sebarang aktiviti luar melibatkan semua individu yang ada di dalam negara ini bagi mengelakkan wabak COVID-19 terus menular.

Malangnya masih ada individu atau kumpulan yang tidak mengambil endah ataupun sengaja melanggar arahan tersebut dengan bermain bola sepak serta melakukan aktiviti riadah di tempat awam pada hari pertama arahan tersebut dikeluarkan.

Malah di ibu negara pada waktu malam masih ada yang masih ingkar dengan dengan berkumpul untuk melepak dan berkunjung ke tempat-tempat awam sehingga pihak berkuasa terpaksa mengerah keringat menghalau mereka pulang ke rumah masing-masing.

https://twitter.com/ntshasuib/status/1240292914934104064?s=20

Mungkin golongan ‘kepala batu’ ini merasakan keadaan diri mereka masih ‘sihat’ dan belum ada sebarang tanda-tanda dijangkiti wabak. Adakah mereka tidak tahu di Eropah ketika ini pemain bola sepak ternama di liga-liga utama juga sudah disahkan positif dan sedang menjalani rawatan?

Di negara kita sendiri semua pasukan yang beraksi di dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) juga sudah diingatkan supaya tidak mengadakan sebarang sesi latihan mahupun aksi persahabatan.

Oleh itu, pemain-pemain bola sepak tempatan telah mengambil inisiatif dengan membuat latihan dan senaman di rumah masing-masing bagi memastikan tahap kecergasan mereka dapat dikekalkan.

Kementerian Belia dan Sukan juga telah memberi peringatan, apa sahaja aktiviti sukan di tempat awam seperti bermain bola sepak, futsal, badminton dan sebagainya adalah dilarang sehingga tempoh ‘berkurung’ selama dua minggu ini berakhir.

Kementerian Kesihatan juga telah menjelaskan kesalahan melanggar perintah berkenaan boleh disabitkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Memang ada manusia yang sikapnya begitu. Jangan sudah terhantuk baru baru terngadah. Jangan bila dah dijangkiti baru nak menyesal.

Jadi apa lagi alasan kita untuk tidak mematuri arahan kerajaan? Jangan sampai ada yang didakwa dan dipenjarakan kerana ‘bersukan’.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Perintah Kawalan Pergerakan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN