‘Last Card’ Aidil Sharin, Faizat Ghazli Akan Kukuhkan Sayap Menyerang Kedah

Faizat Ghazli Azamuddin Akil Kedah PKNS FC 2019

Kedah telah menutup jendela perpindahan pertama Liga Malaysia pada 15 Mac lalu dengan membawa masuk bekas pemain Harimau Muda dan PKNS FC, Faizat Ghazli.

Selepas pembubaran Harimau Muda pada penghujung musim 2015, Faizat Ghazli kembali ke kampung halamannya menyarung jersi Pulau Pinang untuk dua musim sebelum menyertai kem PKNS FC bermula pada saingan musim 2018 lalu.

Dengan PKNS FC sudah tidak lagi wujud selepas penggabungan bersama Selangor menjadi Selangor 2 dan bersaing di Liga Premier 2020, Faizat Ghazli serta majoriti pemain-pemain Semut Merah telah kehilangan pasukan untuk bermain.

Produk kebanggaan Akademi Bola Sepak Bintang Biru dan sekolah sukan Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian itu memiliki kelebihan larian pantas, permainan keras serta berani membuat percubaan dilihat akan lebih mengukuhkan Kedah.

Walaupun jentera serangan Kedah dilihat tidak bermasalah, namun kemasukkan pemain yang beraksi di posisi serangan ini dilihat lebih kepada memberikan pilihan tambahan buat Aidil Sharin terutamanya untuk posisi sayap menyerang kanan.

Ini kerana, saat ini, Kedah sudah memiliki Zaquan Adha dan Azamuddin Akil yang digunakan di posisi tersebut dan pada awal musim lalu, Baddrol Bakhtiar kembali ke posisi tersebut, mungkin atas faktor ketiadaan kedua-dua pemain itu.

Tidak dapat dipastikan mengapa Zaquan Adha masih tiada dalam kesebelasan utama, namun Azamuddin Akil dirasakan tidak begitu cergas pada permulaan musim dan baru-baru ini telah kembali untuk beraksi ketika menumbangkan Selangor.

Dengan kekurangan pilihan selain faktor umur Zaquan Adha dan Azamuddin Akil, dan keperluan Baddrol Bakhtiar di jentera tengah, Aidil Sharin akhirnya menggunakan ‘last card’ dengan menyenaraikan Faizat Ghazli yang boleh beroperasi di posisi tersebut.

Sepatutnya, bekas rakan sepasukannya di PKNS FC dan Harimau Muda, Jafri Firdaus Chew yang dijangkakan akan mengisi posisi tersebut sebelum digugurkan akibat masalah kecederaan, sebelum Liga Super bermula – kehilangan yang tidak diganti.

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam posting memaklumkan kehadiran pemain ini turut mengharapkan agar karier Faizat Ghazli akan kembali bersinar bersama Kedah dalam saingan liga musim ini – seperti ketika usia mudanya.

KREDIT FEATURED IMAGE: ARENA HIJAUKUNING

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN