Apa Bezanya Stadium Likas Ada Penyokong Atau Tidak?

Perlawanan di antara Sabah dan Perak di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Sabtu akan berlangsung tanpa kehadiran penyokong selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memutuskan supaya semua perlawanan pada hujung minggu ini berlangsung di stadium kosong berikutan penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony berkata beliau yakin pemain skuad Tambadau akan tetap bersemangat untuk memburu tiga mata penuh terutamanya selepas tumbang kepada Pahang di Kuantan tempoh hari.

“Kita mungkin kehilangan ‘pemain ke-12’ malam esok, namun, saya tetap yakin semangat para pemain akan tetap membara apabila bertemu Perak malam esok, lebih-lebih lagi pasukan berkenaan sering mengecewakan kita sejak beberapa musim lalu.

“Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati dengan mereka (Perak) kerana semua sedia maklum Perak antara pasukan terbaik dalam Liga Super, saya mahu pemain fokus dan bermain seperti yang dirancang oleh jurulatih,” katanya dalam temubual bersama Stadium Astro.

Namun begitu timbul persoalan dalam kalangan penyokong setia Sabah, apa bezanya ada penyokong atau tidak ada penyokong jika gendang yang sudah menjadi tradisi buat penyokong bola sepak di negara kita dilarang untuk dibawa masuk ke dalam stadium?

Kredit Foto: Kelvin Chai

Isu ‘pengharaman’ gendang di Stadium Likas bermula sejak musim lepas lagi sehinggakan sebahagian penyokong mengatakan menonton bola sepak di Sabah ibarat masuk ke dalam perpustakaan kerana tidak boleh membuat ‘bising’. Malah SAFA juga dilaporkan melarang pemasangan kain rentang di dalam stadium.

Dalam satu temubual yang melibatkan pengurus pasukan Sabah di sebuah stesen Radio, larangan membawa gendang tersebut dikuatkuasa kerana bunyi ‘bising’ tersebut dikatakan mengganggu komunikasi jurulatih dan pemain di atas padang.

“Segala peraturan yang kurang masuk akal perlu difikirkan semula. Jangan sampai kita jadi bahan ketawa pasukan luar kerana keputusan-keputusan pelik. Jangan guna alasan keselamatan sebab setakat ini belum ada yang cedera disebabkan gendang, drum dan kain rentang di dalam stadium,” ujar seorang penyokong dalam akaun media sosialnya.

Bagaimanapun mereka tetap menghargai sumbangan dan perubahan positif SAFA di bawah pimpinan Peter dalam menyelesaikan beberapa isu terutamanya dalam menyelesaikan masalah gaji tertunggak.

Prestasi Sabah dalam saingan Liga Super untuk tiga perlawanan awal menyaksikan mereka sudah pun mengumpul empat mata hasil dari satu kemenangan, satu seri dan tewas satu perlawanan kepada Pahang tempoh hari.

Kredit Foto: Sabah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN