‘Kalau MFL Tidak Tegas, Pasukan Lain Pula Akan ‘Tiru’ PJ City’

Penjelasan MFL PJ City Terengganu FC

Penangguhan perlawanan antara PJ City FC dan Terengganu FC mengundang rasa kurang senang para penyokong kerana masalah yang dimaklumkan oleh badan bertanggungjawab, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) adalah masalah venue.

Semua perlawanan lain akan tetap dilangsungkan tanpa kehadiran para penyokong akibat penularan pandemic Convid-19 dan aksi yang dijadualkan pada minggu hadapan dan seterusnya akan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh baharu.

Pengumuman tersebut belum mengundang kemarahan penyokong kerana semua sudah maklum mengenai virus berbahaya tersebut yang sudah tersebar ke serata pelusuk dunia, namun untuk kes PJ City-Terengganu, ia adalah kes berbeza.

Antara yang dapat dilihat dalam komentar para penyokong adalah bagaimana pihak MFL terlebih dahulu boleh meluluskan penggunaan Stadium MBPJ yang akhirnya belum lagi dapat digunakan oleh PJ City untuk saingan musim baharu ini.

Malah, ada yang dilihat mencadangkan agar perlawanan tersebut dibawa ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin supaya ianya dapat dilangsungkan sebagaimana aksi minggu ke-4 yang lain – berlangsung walaupun tanpa kehadiran penyokong.

Penyokong juga menempelak MFL kerana baru hendak memikirkan bentuk hukuman terhadap PJ City yang gagal menyediakan venue pertandingan. Bagi mereka, ia tidak menyelesaikan masalah, malah memberi ‘idea’ sebegini kepada pasukan lain.

“Kalau MFL tidak tegas dalam hal ini, makin banyak pasukan yang akan buat macam ini nanti. Sikit-sikit nak tunda, tiada cara lain yang lebih logik lagi?”

Salah satu komentar di posting mengenai penangguhan perlawanan tersebut.

“Perkara ini adalah kelemahan PJ City. Patut denda bagi menang percuma pada TFC. Pasukan ‘away‘ sudah habis banyak kos nak datang, takkan 2-3 hari nak main baru putus stadium belum boleh guna. Kita main liga profesional la.”

Salah satu komentar di posting mengenai penangguhan perlawanan tersebut.

Menurut posting terbaharu daripada pihak MFL, cadangan untuk menukar venue ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak dapat dijalankan kerana Terengganu sudah menempah tiket penerbangan dan penginapan bagi perlawanan tersebut.

Selepas perbincangan antara kedua-dua pasukan dan pihak MFL, mereka bersetuju untuk menunda perlawanan dan bentuk hukuman terhadap PJ City bakal dibincang dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam masa yang terdekat.

KREDIT FEATURED IMAGE: MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN