Atletico Madrid menhgasilkan hanya separuh daripada jumlah keseluruhan percubaan ke arah gol yang dihasilkan oleh Liverpool, tetapi kelab Sepanyol itu masih mampu mara ke suku akhir UEFA Champions League.
Juegen Klopp percaya Atletico Madrid sepatutnya menampilkan permainan bola sepak yang sebenar, dan tidak hanya bergantung kepada serangan balas semata-mata.
Komen oleh Klopp itu tiba selepas menyaksikan pasukan kendaliannya disingkirkan oleh anak buah Diego Simone pada awal pagi tadi.
Atletico Madrid bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Liverpool 3-2 di Anfield sekali gus melepasi pusingan 16 pasukan terbaik dengan agregat 4-2.
Gol babak pertama Georginio Wijnaldum memaksa perlawanan ke masa tambahan, sebelum Roberto Firmino meletakkan juara bertahan itu di hadapan selepas empat minit perlawanan disambung.
Atletico kemudiannya berjaya kembali ke dalam perlawanan melalui dua gol pemain gantian, Marcos Llorente dan jaringan lewat permainan masa tambahan Alvaro Morata utnuk perlawanan ditamatkan dengan agregat 4-2.
Kelab Liga Perdana Inggeris itu mendominasi pemainan dan menghasilkan lebih banyak percubaan ke arah gawang lawan, namun tetap gagal mempertahankan gelaran mereka pada musi ini.
“Saya gembira dengan permainan [Liverpool] Tetapi ia sangat sukar untuk bermain menentang pasukan sebegn,” kata Klopp kepada BT Sport selepas perlawanan.
“Saya tidak faham dengan kualiti yang mereka ada, dan bola sepak yang mereka mainkan. Mereka boleh bermain bola sepak sebenar yang lebih baik, tetapi memilih untuk bertahan dan menyandarkan permainan kepada serangan balas.
“Kami terima kekalahan, tetapi ia rasa tidak betul pada malam ini. Saya sedar saya sukar terima kekalahan, apatah selepas pemain menunjukkan kesungguhan tinggi menentang pemain terbaik yang bertahan menggunakan dua baris empat pemain pertahanan.”