Misi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super musim ini dilihat berjalan lancar selepas mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super dengan menewaskan PDRM FC 1-0 di Stadium KLFA, Cheras.
Jaringan tunggal oleh penyerang utama, Diogo Luis Santo sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat pasukan pelawat sekalipun terpaksa bekerja keras sepanjang perlawanan.
Benjamin Mora hanya membuat satu pertukaran sahaja berbanding kesebelasan untama ketika berdepan UiTM tempoh hari dengan merehatkan Gonzalo Cabrera dan memberi peluang kepada pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi untuk memulakan perlawanan buat kali pertama bersama pasukan itu.
CIMB LIGA SUPER MALAYSIA 2020 | 10 MARCH 2020
Starting Lineup
PDRM FA vs JOHOR DARUL TA'ZIM
Full list at https://t.co/ogtHyntJjM pic.twitter.com/9V27Xfl1Cj
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 10, 2020
Minit kelima, Corbin Ong menguji benteng PDRM dengan percubaan leret namun hanya tersasar sedikit sahaja di sebelah gawang gol tuan rumah.
Leondro yang mendapat kecederaan pada awal permainan dikeluarkan pada minit ke-14, dan digantikan dengan Akhyar Rashid.
Minit ke-21, akibat kesilapan penjaga gol, See Tian Keat yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, JDT hampir mendapat gol pendahuluan, namun percubaan Akhyar Rashid hanya tepat ke arah penjaga gol.
JDT ternyata pasukan yang lebih baik pada separuh masa pertama dengan lebih banyak menguasai permainan, namun jentera serangan JDT yang diketuai Diogo Luis Santo yang berterusan mengasak kubu PDRM gagal menjaringkan sebarang gol sehingga tamat separuh masa pertama.
PDRM perlu berterima kasih kepada panjaga golnya yang menyelamatkan lapan percubaan tepat ke arah gol oleh pasukan JDT pada babak pertama sementara PDRM pula hanya merekodkan satu sahaja percubaan.
Pada awal separuh masa pertama, JDT masih mendominasi penguasaan bola dan membuat beberapa percubaan. PDRM yang bermain dengan corak yang agak pasif telah menyebabkan penjaga golnya dilayangkan kad kuning kerana didakwa melengah-lengahkan masa.
Bejamin Mora tidak menunggu terlalu lama untuk memasukkan ‘senjatanya’, Cabrera pada minit ke-57 dan mengeluarkan Liridon bagi menambah sengat di barisan serangan. PDRM pula menggantikan Dirga Surdi dengan Mohd Asri Mardzuki.
Diogo yang melakukan lairan solo ke sebelah kanan dan membuat percubaan tetapi sayang sekali rembatannya terkena palang gol sekalipun penjaga gol PDRM sudah pun tewas.
Kemudian giliran Fadhli Shas pula menanduk tepat ke arah gol, namun berjaya dikeluarkan oleh Shohrat Soyunov.
Usaha JDT akhirnya membuahkan hasil ketika permainan berbaki lapan minit apabila rembatan Diogo terkena tangan Serdar Geldiyev. Sepakan penalti yang diambil ditepis oleh panjaga gol dan terkena tiang.
Namun sepakan susulan pemain import dari Brazil itu menghasilkan gol pendahuluan dan menggembirakan ribuan penyokong JDT yang hadir ke Stadium.
84' | DIOGO!@PDRMTheCops 0-1 @OfficialJohor #CIMBLigaSuper2020#PDRMJDT#MFLLive pic.twitter.com/Zc2OFp7nqp
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 10, 2020
PDRM hampir-hampir menyamakan kedudukan pada masa kecederaan apabila tandukan Geliyev dari sepakan penjuru hanya sedikit sahaja melepasi palang gol.
Kredit Foto: Johor Southern Tigers