Persatuan Bola Sepak Selangor (FA Selangor) hari ini mengumumkan kerjasama dengan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), rangkaian terbesar Malaysia sebagai rakan telekomunikasi rasmi untuk skuad The Red Giants untuk musim ini.
Ini adalah tahun kedua Digi bersama dengan FA Selangor sebagai satu usaha untuk terus bersama dengan para pelanggannya.
Sebagai rakan telekomunikasi rasmi, Digi dapat berinteraksi serta mengukuhkan hubungan bersama peminat Red Giants yang juga pelanggan Digi melalui peluang pemasaran serta penjenamaan di dalam stadium, termasuk meletakkan logo korporat Digi dilengan kanan semua jersi Selangor.
Ia juga memberi peluang kepada Digi untuk menghargai para pelanggannya dengan memberi pengalaman perlawanan rumah yang eksklusif serta promosi khas FAS seperti diskaun tiket yang boleh ditebus melalui MyDigi Rewards.
Menurut Ketua Setiausaha FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, kerjasama seumpama ini akan memberi ruang kepada syarikat korporat untuk memberi lebih banyak faedah kepada pelanggan dengan cara mereka sendiri.
“FA Selangor teruja untuk sekali lagi bekerjasama dengan Digi untuk memberikan nilai tambah kepada penyokong setia kami. Sudah pasti ada program yang lebih bermanfaat untuk para penyokong Red Giants, terutama mereka yang melanggan perkhidmatan Digi.
“Diharapkan kerjasama ini bakal membuka mata bagi syarikat korporat lain untuk sama-sama turun padang dan menyediakan perkhidmatan dan ganjaran yang lebih baik kepada pelanggan mereka, seperti apa yang dilakukan oleh Digi,” kata Johan.
YELLOW FAN ZONE BY DIGI 💛
Jom sertai aktiviti-aktiviti menarik yang Digi sediakan untuk anda seperti FIFA19 PS4 Battle, Mobile Legends & jualan jersi Digi Red Giants di Kuadran C, Stadium Shah Alam berdepan dengan pop up store FA Selangor.
Jumpa ESOK ini di booth Digi! 😉❤️💛 pic.twitter.com/DN4niYy4Ar
— Selangor FC (@selangorfc) September 28, 2019
“FA Selangor ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Digi atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk memperkasakan sukan bola sepak negeri Selangor dan pada masa yang sama, berharap lebih banyak syarikat korporat akan tampil ke hadapan dan membantu FAS memulihkan Red Giants dan terus mengembalikan zaman kegemilangan bola speak Selangor.”
Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Digi, Bernard Lee berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat bersama pasukan Red Giant sekali lagi sebagai rakan kongsi telekomunikasi rasmi musim ini.
Beliau percaya bahawa sukan seperti bola sepak mampu menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dengan latar belakang yang berbeza untuk satu matlamat yang sama, seiring dengan tujuan Digi untuk menghubungkan pelanggannya kepada sesuatu yang bermakna.
DIGI BUY 1 FREE 1 😍
Nikmati Digi MyDigi Rewards beli 1 percuma 1 tiket perlawanan separuh akhir 2 Piala Malaysia Selangor menentang JDT pada hari Sabtu 26 Oktober 2019, hanya di Aplikasi MyDigi.
Dapatkan promosi beli 1 percuma 1 ini sekarang di: https://t.co/owOvEx1EET 💛 pic.twitter.com/fyaP3blPXD
— Selangor FC (@selangorfc) October 23, 2019
“Bagi pihak Digi, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan FAS kerana memberi kami peluang ini untuk meyantuni dan menghargai para pelanggan kami di satu platform yang relevan dengan mereka.
“Kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan pasukan yang inovatif dan tidak takut untuk mencuba cara baru dalam usaha untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada peminat tegar pasukan Red Giant.”
Sebagai rangkaian terbesar di Malaysia, Digi menyediakan perkhidmatan mudah alih dan internet untuk lebih daripada 11.3 juta dengan rangkaian 4G LTE dan telah dianugerahkan Penyedia Perkhidmatan Selular Terbaik (MNO) di Malaysia di majlis Anugerah Penilaian Bintang MCMC tahun lepas.