Pep Guardiola Kecewa Dengan Taktik ‘Long Ball’ United

Pengurus Manchester City menyatakan Man United menewaskan mereka dengan corak permainan berasaskan long ball.

Manchester City tewas lagi di tangan Manchester United. Kali ini dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer telah menewaskan Man City dengan skor 2-0. Gol gol Man United adalah menerusi Anthony Martial pada separuh masa pertama.

Dan satu lagi gol adalah menerusi Scott McTominay yang menewaskan Ederson dari jarak kira-kira 30 meter.

Ederson pastinya tidak mahu mengingati perlawanan ini. Beliau melakukan 3 kesilapan dan dua daripadanya menjurus kepada gol lawan.

Ini merupakan kali pertama Man United menang dua kali dalam semusim liga, sejak ditinggalkan Sir Alex Ferguson.

Kali terakhir mereka melakukan sebelum ini adalah pada musim 2009/10.

Pep Guardiola pula tidak begitu berpuas hati dengan pendekatan digunakan Man United dalam perlawanan ini.

Menurut beliau, pasukan tersebut hanya berkampung dan menyerang balas mereka dengan taktik bola lambung.

Guardiola berkata kepada BBC: “Kami bermain dengan baik. Kami tidak terlepas beberapa peluang di kawasan serangan. Pada separuh masa kedua kami bermain dengan lebih baik lagi.”

“Kami bermain dengan pendekatan yang sama. Kami cuba menekan dan bertahan dengan baik. Kami melakukannya dengan baik pada hari ini.”

“Corak permainan kami adalah seperti yang kami mahukan, kami datang ke tempat ini dan menunjukkan aksi yang baik.”

“Mereka pula hanya berkampung menunggu di belakang dan menggunakan long ball ketika serangan balas menerusi Daniel James dan Anthony Martial.”

“Kita sudah bermain mengikut corak permainan yang kita mahukan. Malang sekali kita telah melepaskan gol kepada lawan. Dan mereka menunggu kita melakukan kesilapan.”

Pep Guardiola tidak menafikan bahawa skuad bimbingan beliau merindui sentuhan Kevin De Bruyne yang tidak dapat beraksi kerana kecederaan.

Namun pengendali dari Sepanyol itu yakin Kevin De Bruyne akan kembali semula ke dalam pasukan dalam masa terdekat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN