Klopp Menyesal Melebih-Lebih Dengan Pengadil

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui yang beliau menyesal akan tindakan beliau ketika perlawanan Premier League menentang Bournemouth semalam.

Dalam rakaman yang tular di alam maya, Klopp dilihat melepaskan kemarahannya kepada penjaga garisan sewaktu meraikan gol kedua Liverpool oleh Sadio Mane.

Menurut laporan Sky Sports, Klopp ketika itu melepaskan marah dengan berkata sesuatu kepada penjaga garisan itu, dipercayai kerana membenarkan gol Callum Wilson oleh Bournemouth di awal perlawanan.

“Sejujurnya, perkara itu telah berlaku [keraian itu]. Saya tak mahu lakukan, mahukah saya lakukannya sekarang? Tidak.”

“Tetapi pada saat itu, saya tidak faham kenapa gol [gol Callum Wilson] itu dibenarkan pengadil.”

Pada hemat Klopp, gol itu sepatutnya tidak dikira kerana beliau mendapati Wilson melakukan kekasaran terhadap Joe Gomez sewaktu menuju ke pintu gol.

Klopp mengakui masih lagi ada masalah berkaitan dengan Video Assistant Referee (VAR) mengenai pelaksanaannya di Premier League.

“Apa yang terjadi menunjukkan masih lagi ada masalah dengan sistem Video Assistant Referee di liga ini. Bukan VAR itu sendiri tetapi sistemnya.”

“Ianya mengenai manusia dan juga peraturannya, itu adalah kekasaran. Sentuhan Callum Wilson itu cukup untuk buatkan Joe Gomez mengalami kesukaran, ianya kekasaran, tiada yang lain lagi.”

Liverpool menang 2-1 semalam hasil jaringan dari Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN