KAFA Komited Untuk Bayar Hutang

husin deraman kafa

Masalah tunggakan gaji terus menghantui Liga Malaysia. Baru baru ini Jawatankuasa Status FAM telah mengarahkan agar Kelantan membayar tunggakan gaji sebanyak RM167,304 kepada bekas pemain pertahanan, Amirizdwan Taj Tajudin serta bekas pegawai, Mohd Hisham Jainudin RM11,166.

Selain daripada pasukan Kelantan, PDRM juga diminta membayar tunggakan RM100,000 kepada pasukan pegawai mereka.

Ini termasuk tunggakan gaji jurulatih, Liew Kit Kong sebanyak RM26,000 serta bekas jurulatih, E Elavarasan yang bernilai RM60,000.

Seterusnya, Jawatankuasa Status FAM turut mengarahkan Perlis membayar keseluruhan tunggakan mereka sebanyak RM500,000 kepada bekas pegawai mereka.

Perkara itu mendpat perhatian Setiausaha Agung Kafa, Husin Deraman. Beliau mengakui perkara tersebut agak mengganggu mereka pada ketika ini, memikirkan isu dana bagi membayar tunggakan.

Namun Husin berikrar akan memikul tanggungjawab berkenaan dan mahu memastikan fokus pasukan Kelantan di atas padang tidak terganggu.

Bercakap kepada Arena Metro, Husin Deraman berkata: “Kita akan buat rayuan dalam masa terdekat ini kepada FAM supaya dapat memberi ruang dan masa kepada Kafa untuk menyelesaikan tunggakan itu.”

“Kalau boleh kita harap dapat bayar secara ansuran kerana kita pun kekangan dana. Saya akan mengatur pertemuan dengan mereka dalam masa terdekat ini dan harap mereka juga memahami situasi KAFA.”

KAFA sudah sebelum ini sudah menlangsaikan sejumlah RM2 juta daripada hutang mereka melibatkan tunggakan gaji 19 orang pemain termasuk juga dengan jurulatih dan para pegawai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN