Mufti Wilayah: Penyokong Liverpool Setia, Sudah Biasa Terima Kekalahan

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib Liverpool ketika ini yang tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir mereka termasuk kekalahan kepada Chelsea yang menyebabkan mereka ‘dihumban’ keluar dari saingan Piala FA.

Malah hasrat penyokong Liverpool di seluruh dunia untuk melihat pasukan kesayangan mereka mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sehingga penghujung musim juga tidak kesampaian setelah tewas 3-0 kepada Watford pada hujung minggu lepas.

Penyokong tegar Liverpool, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam tulisan terbaharunya tidak terkecuali memberikan pendapatnya mengenai nasib buruk yang sedang melanda juara Piala Kelab Dunia itu.

“Sesungguhnya keadaan ini telah membuatkan penyokong dan peminat Liverpool seluruh dunia merasa sedih dan kecewa.

“Namun begitu, bagi kami terdapat beberapa noktah penting di sebalik kekalahan ini untuk pasukan Liverpool kembali muhasabah dan terus bangkit semula.” ujar Mufti Wilayah Persekutuan itu dalam laman twitter rasminya.

“Sukan Bola Sepak suatu sukan yang penuh kejutan. Bola itu bulat, falsafah yang menatijahkan akan ada pasukan yang menang dan yang kalah. Sesungguhnya ujian selesa dengan kemenangan itu amat berbahaya.”

Menurut Dr. Zulkifli, penyokong Liverpool tidak perlu gusar mengenai kemampuan The Reds untuk membawa pulang trofi EPL kerana pasukan berkenaan hanya memerlukan empat kemenangan sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan.

Beliau turut menjadikan faktor jadual perlawanan yang padat dan penggiliran pemain sebagai faktor kepada kekalahan. Namun beliau tetap memuji komitmen dan usaha gigih semua pemain dalam mempamerkan aksi terbaik.

“Permainan Ultra-Defensif dan taktikal Serang Balas setiap pasukan lawan Liverpool, perlu menjadi perhatian dan tumpuan utama para pemain dan pasukan kejurulatihan untuk melaksanakan latihan terbaik bagi merencanakan taktikal yang efektif untuk lebih kreatif mencari gol.

“Dalam kita meraikan dan menerima hakikat kemenangan atau kekalahan, amat perlu kita tekankan semangat persahabatan dalam sukan bola sepak ini. Saat menang, nikmatilah kemenangan dengan penuh semangat hormat-menghormati.

“Saat kalah, bertabah dan bersabar serta terus memberi sokongan agar pasukan kita kembali bangkit semula,” katanya lagi.

Beliau turut menasihatkan supaya semua pihak dijauhkan dari sikap berkata perkataan buruk antara satu sama lain dan jangan suburkan budaya buruk dan tidak bertamadun.

Sebelum mengakhiri penulisannya, beliau menjelaskan penyokong Liverpool akan terus menyokong pasukan kerana sudah biasa menerima berita kekalahan.

“Mereka akan terus memberi sokongan agar pemain mereka bersemangat kembali untuk meneruskan rentak kemenangan sehingga menjulang EPL buat pertama kalinya dalam 30 tahun sesegera yang mungkin.”

Kredit Foto: Twitter Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN