Piala FA: Jose Mourinho Jelaskan Kenapa Eric Dier Serang Penyokong Sendiri

Selepas perlawanan Piala FA pusingan ke-5 antara Tottenham Hotspur dengan Norwich City , Eric Dier bertindak memanjat seksyen tempat duduk penyokong untuk bergaduh dengan penyokongnya sendiri.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1235343128065953792

Spurs disingkirkan oleh Norwich menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar.

Kejadian bermula apabila Dier yang sedang menuju ke bilik persalinan, nampak sekumpulan penyokong Spurs bergaduh dengan ahli keluarganya. Beliau kemudiannya memanjat tempat duduk penyokong sambil menjerit ‘dia adik saya, dia adik saya’ sebelum ditenangkan oleh sekumpulan penyokong lain dan marshal stadium.

Adik Dier dilaporkan bertindak balas terhadap cacian yang dilemparkan penyokong Spurs terhadap Dier.

Adik Dier kemudiannya turut dibawa masuk ke bilik persalinan selepas pergaduhan tersebut. Sumber rasmi kelab mengesahkan mereka akan mengenalpasti penyokong yang memulakan cacian terhadap Dier itu.

Boss Tottenham Hotspur Jose Mourinho mengesahkan insiden tersebut disebabkan oleh cacian penyokong terhadap Dier.

Embed from Getty Images

“Penyokong tersebut mencaci Eric. Keluarganya dengar. Adik [Dier] tak puas hati. Eric buat apa yang kita sebagai profesional tak boleh buat, tapi kita akan buat bila ada orang usik ahli keluarga kita.”

Kenyataan ini sekaligus menafikan laporan awal media yang mendakwa Dier bertindak sebegitu selepas mendengar cacian perkauman daripada penyokong terhadap Gedson Fernandes. Pemain tengah Portugal ini gagal menyempurnakan sepakan penalti terakhir Spurs.

“Saya tak tahu [jika reaksi Dier berdasarkan cacian terhadap Fernandes]. Yang saya tahu, reaksi Eric adalah kerana adiknya terlibat dalam pergaduhan.

“Saya tak rasa orang yang buat benda ini adalah penyokong sebenar Tottenham kerana penyokong sebenar akan menyokong pemain,” kata Mourinho lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN